
Membangkitkan selera makan ada antara kita lebih teruja bila terlihat hidangan yang bercitarasa pedas.
Meskipun menu ikan bilis sekali pun namun bila dimasak bersama kentang goreng yang disaluti kisaran cili padi sudah mampu membuatkan tidak sabar untuk menikmatinya.
Jadi pada yang ingin mencuba rasa menu yang pedas dan power ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh qaseh_imans.
Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi
Bahan-Bahan:
Kentang 2 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Besar 1 biji
Air Asam Jawa (sedikit)
Cili Padi 10 biji (ikut tekak masing-masing kalau nak pedas)
Gula & Garam secukup rasa
Cara-Cara Memasaknya:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
2) Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
3) Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi hingga masak dan naik bau.
4) Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
5) Gaulkan secukup rasa dengan garam dan gula.
6) Masukkan kentang dan ikan bilis tadi dan gaul rata.
7) Siap dihidang.
sumber : qaseh_imans
Bosan Pencuci Mulut Sama Setiap Hari, Cuba 7 Resipi Bengkang Kreatif Dari Home Economist Ni, Sedap!

Bosan menyediakan pencuci mulut yang sama setiap minggu buat anak-anak? Apa kata anda cuba pula sediakan bingka atau orang utara panggil sebagai bengkang buat anak-anak hujung minggu ni.
Bengkang bagi orang utara adalah menu yang cukup enak. Paling penting cara nak buatnya amatlah mudah. Hanya campurkan semua sekali bahan dan terus dibakar. Senang kan?
Enam resipi bengkang ni cukup istimewa. Disediakan oleh seorang home economist, Puan Fauziah Md Jusoh yang cukup handal dalam menyediakan kuih muih tradisional Melayu. Cakap sahaja apa kuih yang anda suka, dalam masa sekejap sahaja dia boleh senaraikan menu yang diciptanya sendiri. Kreatif kan?
Jadi, jom kita cuba buat sendiri di rumah. Menu baru untuk anak-anak, pasti buat anak-anak teruja.
BENGKANG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin kacang merah |dibasuh bersih
240ml air
Bahan A:
200gm tepung gandum
60gm tepung beras
500ml santan pekat
180gm gula psir
2 biji telur
Sedikit pewarna merah jambu
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kacang merah bersama air hingga sebati. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan A dan kisar dalam pengisar hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam periuk dan satukan bersama kacang merah yang dikisar.
4. Masak dengan api kecil selama 6 minit.
5. Sapukan minyak di dalam loyang dan panaskan seketika di atas api.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 55 minit dengan suhu 200 C.
BENGKANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang berangan 1
100gm gula pasir
160gm santan pekat
140gm tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan pisang hingga halus.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan gaulkan hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
BENGKANG KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang hijau |direbus hingga kembang
225gm tepung gandum
560ml santan
190gm gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang hijau dengan air secukupnya hingga empuk.
2. Kemudian campurkan dengan kesemua bahan lain dan gaulkan sebati.
3. Apabila sebati, tuangkan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 25 minit.
4. Sedia dinikmati.
BINGKA ROTI
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti putih |dicarik
2 sudu makan marjerin
100gm gula pasir
2 biji telur gred A
1 tin susu cair
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan roti dan susun ke dalam loyang.
2. Satukan kesemua bahan lain dan tuangkan ke dalam loyang berisi roti.
3. Biarkan seketika selama 10 minit.
4. Kukus selama 30 minit.
BENGKANG PANDAN
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1.25 liter santan
5 helai daun pandan |diambil airnya
380gm gula pasir
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan sebati.
2. Tapiskan adunan kemudian masukkan ke dalam acuan bengkang yang sudah disapukan dengan marjerin.
3. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit.
4. Perlahankan apinya dan bakar lagi selama 10 minit.
BENGKANG LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu |direbus hingga empuk
200gm tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
360ml santan pekat
160gm gula pasir
3 sudu makan susu pekat
3 biji telur gred A
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 200 C selama 1 jam 20 minit.
3. Sedia dinikmati.
BENGKANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi keladi |direbus hingga empuk
200gm tepung gandum
20gm tepung kastad
1 kotak kecil santan
160gm gula pasir
60gm susu pekat manis
3 biji telur gred A
Sedikit garam
Sedikit pewarna ungu
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan hingga benar-benar sebati.
2. Tapiskan adunan kemudian tuangkan ke dalam loyang bulat.
3. Bakar pada suhu 200 C selama 1 jam 20 minit.
Selamat mencuba!
Ikut Cara Ini Jika Mahu Pastikan Ikan Dibeli Masih Fresh. Ibu-Ibu Wajib Amalkan!

Setiap kali membeli ikan, kena pastikan ia segar dan fresh. Barulah puas hati bila makan. Untuk pilih ikan memang senang tapi nak tahu yang fresh atau tidak agak leceh terutama yang tidak mahir bab begini.
Ikan yang memiliki warna kulit yang terang dan cerah hampir dapat dipastikan memiliki ciri isi yang segar. Itu antara salah satu ciri mudah untuk memastikan ikan yang dibeli masih fresh. Selain itu, ada 4 tip lain yang admin nak kongsikan dengan pembaca sekalian terutama ibu-ibu.
Ikut 4 tip ini jika mahu memilih ikan yang fresh. Jom semak!
1. Tengok bahagian mata ikan
Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Bukannya dah tenggelam atau warna lain
2. Periksa insang
Ambil ikan yang insangnya masih merah pekat.
3. Tekan perut ikan
Tekan pada bahagian perut ikan. Kalau kenyal dan melantun balik maksudnya ikan tu fresh!
4. Lihat sisik ikan
Pilih ikan yang sisiknya masih cantik dan susah untuk tertanggal. Bukannya ikan yang sisiknya dah lembik dan mudah tertanggal.
Mentega & Marjerin 2 Bahan Berbeza. Rasa Biskut Lagi Sedap Bila Guna Mentega! Ibu Ni Kongsi Ilmu Buat Yang Masih Keliru.

Buat yang berhajat untuk menyediakan biskut raya pada tahun ini, mungkin ada yang masih terkeliru dalam membuat pilihan bahan-bahan yang digunakan. Contohnya sama ada ingin menggunakan mentega atau marjerin, antara keduanya yang mana satu pula akan memberi rasa yang enak dan asli pada biskut yang disediakan.
Untuk lebih jelas, jom kita fahami perkongsian daripada Faiza Mohammed Asari ini. Semoga info ini dapat memberi manfaat dan sekali gus menjadikan biskut yang kita sediakan di hari raya nanti seakan sama seperti seorang profesional yang memasaknya.
Jom semak.
Buttercup tu BUKAN butter @ mentega.
Buttercup ialah CAMPURAN MENTEGA & MINYAK SAWIT. Buttercup sebenarnya ialah butter blend atau lepa susu. Buttercup pun tak pernah claim ianya adalah sebuku mentega sebenar. Di pembalutnya pun hanya ditulis Luxury Spread saja.
Disebabkan ada perkataan ‘Butter’ pada perkataan Buttercup tu, ramai yang salah anggap ianya adalah sebuku butter @ mentega.
Cuba korang tengok di bahagian belakang bekas pembalut Buttercup tu, check ingredients Buttercup tu. Apa yang korang nampak?
Di bahagian Ingredients Buttercup’s luxury spread tu tercetak :
Ingredient : Palm Kernel Oil , Milk Fat , Milk Powder , Salt , Soya Lecithin , Contains permited emulsifier , Flavourings and Colouring (Beta Carotene)
Nampak tak? Ada penggunaan Palm oil!
Pernah tengok tak bahan-bahan dalam marjerin?
Marjerin atau lebih dikenali dengan brand name seperti Planta atau Daisy; adalah diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air, pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu.
Jadinya, Buttercup sebenarnya ialah hasil daripada mentega dan marjerin yang dikahwinkan. Kiranya buttercup ni half butter dan half margerin. Gitu…..
Ok – What is butter then?
Butter @ mentega merupakan produk industri susu di mana bahan utama pembuatannya berasal daripada susu (80-82 peratus) yang diproses dengan cara memisahkan pepejal lemak dan air.
Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut air.Sebab itu, rasa dan tekstur butter amat berlainan dengan Buttercup. Warna dan bau sangat-sangat berbeza.
Antara jenama butter yang sering didapati di pasaran ialah SCS, Golden Churn, Lurpak, President, Anchor dan Bulla.
So, jangan la cuba cakap dengan kami anda guna butter kalau pakai Buttercup. Sebab bagi yang biasa di dalam industri baking, kami boleh bezakannya ya!
Semenjak posting berkenaan butter tempohari, saya mendapat banyak pertanyaan tentang yang mana satu butter yang sedap.
Bagi saya secara jujurnya, sedap ini sangat individualistik sifatnya. Apa yang sedap pada saya, mungkin tidak pada mulut orang lain. Selera setiap orang tidak sama, apa yang penting kita suka dengan apa yang kita makan.
Bagi yang bertanya yang mana lebih sedap, saya tiada jawapan khusus. Tapi saya boleh bantu dengan memberi sedikit panduan supaya anda menemui jodoh butter yang sesuai.
Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi rasa butter.
1. Kandungan lemak susu.
Secara am, untuk sesuatu lepa tenusu dilabelkan sebagai mentega @ butter; ia harus mempunyai lemak susu sekurang-kurangnya 80%, dan selebihnya adalah komposisi air dan pepejal susu. Namun begitu, bagi butter yang dihasilkan di Eropah seperti Perancis dan Belgium, undang-undang menetapkan kandungan minima lemak susu untuk mentega ialah 82% tetapi kebanyakkan butter dari Eropah mempunyai kandungan lemak antara 84-85%. Semakin tinggi lemak susu, semakin kuat rasa susu dan semakin tinggi mutu butter tersebut.
2. Pembalut.
Pembalut kertas emas atau foil paper, lebih baik kerana menghalang penyerapan bau dari persekitaran. Kehilangan kelembapan juga dapat diminimakan dengan penggunaan pembalut foil berbanding dgn kertas parchment. Bila mentega kehilangan beberapa peratus kandungan air, rasanya akan berubah. Ini menjelaskan kenapa butter jenama Golden Churn yang dipek di dalam tin dapat mengekalkan rasa dan bau seperti baru dikilangkan kerana ia tertutup rapat di dalam keadaan vakum. Golden Churn tin juga satu-satunya jenama yang mempunyai jangkahayat 18 bulan di luar peti sejuk.
2. Garam (untuk salted butter)
Salted butter ada garam dan kandungan garam berbeza dari satu brand dengan brand yang lain.
3. Rumput yang diberi lembu makan.
Butter yang datang dari negara yang berbeza akan memberi rasa yang tidak sama. Kerana iklim dan persekitaran akan mempengaruhi kualiti dan jenis rumput yang diberi makan kepada lembu yang menghasilkan susu.
4. Susu dikultur atau tidak
Ada butter dari Eropah terutama yang datang dari Denmark menggunakan susu yang dikultur. Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan, susu kultur akan menghasilkan rasa lemak yang signifikan dan bau yang lebih harum dan kuat berbanding butter dari susu yang tidak dikultur. Anda boleh cuba untuk mengesahkan teori ini dengan cara buat 2 adunan biskut yang sama tetapi menggunakan jenama butter yang berbeza untuk setiap adunan. Saya dah cuba menggunakan Anchor dan Lurpak. Dan ya, mentega Lurpak memberi rasa yg lebih ‘dalam’ dan bau yang lebih kuat ketika biskut dibakar.
Nah, saya harap penerangan serba sikit ini boleh membantu kawan-kawan dalam pemilihan butter yang sesuai ikut selera ya.
sumber : Faiza Mohammed Asari via MAHN