Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya menyambung pelajaran bagi mendapatkan gelaran Doktor Falsafah meskipun kini meniti usia 70 tahun.
Memetik laporan Utusan Online, seniwati Fauziah Nawi kini sedang mengintai peluang untuk menyambung pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya mengenggam doktor falsafah (PhD).
Sarung jubah dan topi graduasi lebih seronok berbanding trofi menang anugerah
Fauziah yang juga graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy berkata, dirinya sangat gembira disaat menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi berbanding membawa mana-mana trofi anugerah kemenangan.
“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat trofi anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,”luahnya.
Fauziah juga meluahkan rasa syukur kerana perjalanannya menimba ilmu dipermudahkan dengan pertolongan bantuan daripada rakan-rakan termasuk anak yang snaggup mengikuti kelas diploma yang sama dengannya.
Ads
“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar,” luahnya.
Ads
Fauziah yang baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak menafikan menerima layanan dan bayaran lebih baik sejak menggenggam sijil kelayakan berbanding dahulu.
“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.
Ads
“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.
“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.
Pelakon telefilem Quran Pondok Buruk berkata demikian pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth semalam.
Sumber: Utusan (Wafa Aula)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tak keruan apabila jika selama ini patuh SOP dengan ketat akhirnya turut dijangkiti virus paling bahaya di dunia ini.
Lelaki ini, Zamri Shahri menerusi facebook miliknya meluahkan rasa bahawa tidak sangka dirinya turut positif covid-19.
Bercerita lanjut kisahnya, beliau akui setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.
Nurses : Aku positif Covid akhirnya.
Kejadian lewat petang 15 Januari yang lepas benar-benar merubah cara aku memandang takdir, cara aku menilai tutur kata sendiri dan cara aku melontarkan pengharapan kepada Tuhan.
Berubah 360 darjah!
Beberapa minggu yang lalu, wad Covid tempat aku berkhidmat dimasuki seorang lelaki yang agak warak. Kelihatan Al Quran senantiasa ditangan. Rajin beliau membacanya.
Ketika itu keadaan beliau agak teruk juga, batuk yang sangat kuat sehingga pembacaan Al Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan Covid ini.
” Tidak tahu lah encik. Semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga telah pastikan jemaah saya mengikut SOP dengan betul. Akhirnya, saya yang terkena Covid. Macam mana lah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, ” jawab pesakit itu dengan sedikit nada kehampaan.
“Ini semua kehendak Allah. Usaha itu adalah bahagian dan tanggungjawab kita, tetapi apabila Dia mengkhendaki sesuatu itu terjadi. Ia pasti terjadi ! ” jawab aku dengan penuh yakin.
Kini, apa yang aku kata tersebut telah menjadi sebab Allah azwj untuk uji aku semula. Allah azwj ingin melihat keyakinan aku sendiri seperti mana yang dituturkan itu.
Allah telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).
Dikalangan rakan-rakan sekerja, aku dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP bahkan, aku juga senantiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana aku pergi.
Aku tidak pernah walau sekalipun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku baik dikalangan staff wad mahupun ketua dan penyelia jururawat. Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja.
Dikalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kewajaran SOP. Bagi aku, mengikuti SOP itu adalah salah satu anjuran dalam agama jika dilihat dari segi keutamaan umat Islam dalam menta’ati ijtihad pemerintah.
Setelah mengambil kemaslahatan umat, maka SOP pun dikeluarkan oleh pemerintah. Keta’atan ini berpahala seperti yang selalu aku katakan kepada rakan-rakan.
Namun, akhirnya aku sendiri yang dijangkiti Covid 19 ini. Pada petang 15 Januari tersebut, tiba-tiba badanku terasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kesat yang tersangkut ditekak aku ini.
Apabila pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus memberitahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tekak dan rongga hidung.
Segala-galanya berlaku secara tiba-tiba. Sebelum itu aku sihat seperti tiada apa yang berlaku. Aku tidak lepas untuk bersenam dan berjongging setiap petang.
Namun, dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kesakitan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan, demam , seram sejuk dan batuk yang sangat mengganggu rutin harian aku.
Sehingga tulisan ini ditulis, aku masih lagi batuk walaupun semakin beransur pulih.
Kecewa?
Tentu ada.
Sakit hati?
Itu yang aku rasa sekarang.
Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif.
Lalu aku teringat pesanan terakhir Almarhum Shiekh Ali Jaber Rahmatullahi ‘alaih yang meninggal dunia baru-baru ini dan dijangkiti Covid menjelang akhir hayat beliau.
Dalam video terakhir itu, beliau telah menegaskan bahawa beliau adalah antara orang yang mengikut SOP dengan ketat. Namun, Qadarullah (ketentuan Allah) itu mengatasi segala-galanya.
Masha Allahu kana, wama lam yasha’ lam yakun, wa la hawla wa la quwwata illa biLlahi’l-Aliyyi’l -Azim.
(What Allah wishes happens, and what He does not wish does not; there is neither power nor ability save Allah, the High, the Formidable)
Apa yang Allah azwj berkehendak pasti akan terjadi, dan apa yang Dia tidak berkehendak pasti tidak akan terjadi. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatan Allah azwj yang Maha Agung.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Quran Al-Baqarah: 216].
Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, Covid itu berjaya juga menewaskan aku.
Aku minta maaf daripada kalian semua dan semoga Allah azwj juga mengampunkan segala kesilapan, kecuaian dan kekhilafan aku dalam segala urusan kehidupan ini.
Ada juga yang cuba menyedapkan hati aku, katanya,
“Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan frontliners yang lain ‘chance’ untuk berehat dengan ujian sebegini. Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula”
Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini.
Mak dan abah, maafkan along kerana telah membuat kalian susah hati. Buat Isteri dan anak-anak, percayalah kekuatan diri ini sebahagiannya telah musnah mendengarkan tangisan kalian bertiga dibalik pintu pagar rumah kita.
Buat adik beradik dan rakan-rakan yang terpaksa menjalani pemeriksaan swab tekak dan rongga hidung, aku menyusun sepuluh jari kerana telah melibatkan kalian dalam masalah ini.
Maafkan aku, sungguh dan percayalah aku telah usaha yang terbaik. Namun, yang tidak diingini berlaku juga akhirnya.
Pic : Gambar ini diambil oleh isteri semasa sedang dijemput oleh kenderaan KKM ke Hospital Rembau.
Tiada yang lebih perit mengguris hati ini ketika itu melainkan mendengar tangisan anak-anak di balik pintu pagar.
Baru-baru ini usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi isterinya, Datin Seri Shahida yang sedang hamil empat bulan dikejarkan ke hospital selepas mengalami komplikasi pendarahan teruk.
Terbaharu, Aliff sekali lagi berkongsi di laman Instagramnya memuat naik keadaan isterinya yang terpaksa berkerusi roda.
Kata Aliff apa yang berlaku membuatkan dia lebih menghargai wanita yang bergelar isteri.
“Hargailah pengorbanan ibu melahirkan kita. kesiankan jadi orang perempuan ni macam-macam dugaan tak sanggup saya tengok tak boleh berjalan sampailah bersalin kalau masih tak sembuh…
“Isteri saya jadi macam ni sebab uri ke bawah sangat doktor cakap bahaya boleh pendarahan dan bahaya untuk baby dan ibu..
Tengok kerusi roda ini teringat pula dengan arwah nenek palong. inilah kerusi roda peninggalan yang digunakan oleh nenek saya.
“Terima kasih yang doakan untuk wife saya dan anak-anak saya..,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan yang baik-baik buat Datin Shahida dan kandungan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri menghadapi sakit seperti yang datin alami.
Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
“Sangat Humble” Patutlah Mak Saya Minat Dato.” Tak Kisah Makan Masakan Bangladesh, Tapi Dato Fazley Yaakob Sebak!
Siapa yang tidak mengenali chef selebriti selebriti terkenal, Dato Fazley Yaakob yang sering berkongsi video masakan di Instagram miliknya.
Masakannya sering membuatkan ramai yang telan air liur melihat hidanganya yang lazat dan pelbagai menu.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi mengenai kisah keluarganya di media sosial. Seronok melihat Fazley melayan keletah anak-anaknya.
Namun muat naik hantaran terbarunya telah membuatkan wargamaya memuji sikap rendah dirinya apabila menerima makan bersama beberapa oranga pekerja Bangladesh.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka Chef selebriti ini tidak kisah menjejakkan kaki ke kawasan flat. Lebih mengejutkan dia tanpa kekok menjamah hidangan yang dimasak oleh pekerja berkenaan.
Melihat video berkenaan, kelihat Fazley makan dengan berselera lauk pauk yang dihidangkan.
Biarpun nampak biasa-biasa, pekerja berkenaan kelihatan sungguh gembira apabila kehadiran chef popular itu di kediaman mereka.
“MAKAN DENGAN PEKERJA2 DARI Bangladesh ? Saya ada di tegur oleh sekumpulan pekerja bangladesh sebelum ni di sebuah kedai mereka tanya “awak bukan chef tu ke? Saya ada nampa gamba awa dalam fesbuk dan muka awa dekat kadai2!”
“Kebetulan rupa2nya mereka adalah rakan serumah orang yang saya kena lama juga, Yunus namanya. Yunus pulak satu hari tu cakap “Saya nak masak untuk Dato masakan asli bangladesh, Dato sudi makan ka?” Allahu, of course lah saya sangat berbesar hati!”
“So malam tadi pun bergerak ke rumah pekerja kawan-kawan baru saya ni. Diorang semua excited tengok saya betul-betul datang, saya lagi lah excited dan terharu! Dalam keadaan yang serba kekurangan mereka tetap siapkan masakan berasaskan salmon, udang (banyak udangnya!), ayam kampung, telur dan brocolli.”
“Kan mahal-mahal semua tu? Sebak hati saya tapi saya tahan dan senyum. Besar hati mereka jamu saya makin, menangis hati saya melihat keikhlasan mereka semua.
“Masing-masing berkorban tinggal anak isteri di negara asal demi mencari sesuap nasi… tapi saya di hidangkan bergantang2 nasi dan lauk.”
“Sedap sungguh semua lauk pauk, nasi dia pun fluffy dan berasa, katanya beras khas dari Bangladesh! Yang sebak tu, masing2 jamu saya lauk pauk mahal, masing2 makan nasi dengan telur dan timun sahaja. Segan nak share lauk mula-mula.”
“Syukur alhamdulilah rezeki dari Allah buat kami semua! Terima kasih banyak kawan2 baru saya! Terutama Yunus! Tukang masak hebat!”
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...