Siapa yang tidak impikan untuk raih kejayaan kan? Lebih-lebih lagi ketika di sekolah. Bila usaha membuahkan hasil dan dihargai orang sekeliling, memang puas hati lah!
Lebih-lebih lagi kita ni dikenali ramai, bila nama naik pentas semestinya gamatlah suasana ketika itu mendapat perhatian orang ramai. Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar dari kelas pendidikan khas yang mendapat anugerah.
Menerusi sebuah perkongsian video Tiktok milik Mazniezura, dilihat para guru dan pelajar sedang berkumpul di dataran sekolah bagi majlis penutup ‘Karnival Ko Akademik’. Dalam pada itu, seorang pelajar dari kelas pendidikan khas lantas berjalan laju sambil membuat tanda tangan ‘rock’ menuju ke atas pentas setelah namanya disebut oleh pengacara majlis.
Ads
Gelagat anak istimewa itu mula mendapat perhatian apabila selepas bersalaman, secara tiba-tiba dia bertindak memeluk guru yang ditugaskan menyampaikan anugerah. Sebelum turun, sekali lagi sempat dia angkat tangan menunjukkan tanda ‘rock’ buat penonton bawah pentas. Tindakan spontan gadis tersebut nyata mengundang tepukan serta sorakan daripada warga sekolah yang turut serta meraikan majlis berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat pelajar itu. Masing-masing sempat memuji keletah comel gadis tersebut sepanjang berada di atas pentas. Tidak ketinggalan, doa turut dititipkan semoga diberikan kesihatan yang baik buat anak istimewa berkenaan.
Setiap ibu bapa sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kebahagiaan kepada anak-anak selagi termampu.
Jika anak tidak gembira atau dilanda kesedihan, lagilah hiba dan tidak tenteram hati mereka selagi tidak mampu membuatkan anaknya gembira.
Begitu juga dengan Farhana Zahra dan suaminya yang berusaha memenuhi hadiah permintaan anak mereka, Fatima sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 baru-baru ini.
Selain diberikan sebagai hadiah hari jadi, permintaan itu juga ditunaikan oleh si ibu yang lebih mesra dipanggil Cik Na disebabkan anaknya enggan ke sekolah.
Jika anda mengikuti akau sosial milik mereka, sebelum ini, Cik Na pernah memuat naik video menunjukkan Fatima memberikan alasan tidak mahu ke sekolah kerana belum cukup umur.
Malah, si kecil itu juga dilihat berdepan kesukaran untuk pergi ke sekolah sehingga pernah berpura-pura tidak sihat. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk tidak kesekolah.
“Hari tu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia jadi tak cukup lagi (usia) lima tahun.
“Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah.
“BMW saya tahulah, G Wagon tu benda apa?” ujar Cik Na menulis di ruangan kapsyen perkongsian TikTok tersebut.
Namun, pada hari lahir anaknya, Cik Na membuat kejutan dengan menunaikan permintaan Fatima dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes G Wagon.
Bagaimanapun, pada mulanya berlaku adegan lucu apabila Cik Na hanya memberikan kereta mainan G Wagon kepada Fatima.
Tidak lama kemudian, siapa sangka Cik Na benar-benar membelikan kenderaan mewah tersebut yang dibawa oleh sebuah lori lutsinar dan memasuki perkarangan rumah ketika sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu malam.
“Tak sabar saya nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan Januari hari tu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit.
“Lepas tu dia cakap belum cukup lima tahun lagi sebab belum birthday dia. Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang betul akal dia ni!” kata si ibu.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan wajah Fatima begitu ceria setelah penutup mata dibuka dan dia melihat kereta idaman berada di depan mata.
Dalam pada itu, Cik Na yang merupakan usahawan kosmetik berasal dari Tumpat, Kelantan, ini berharap agar hadiah kereta mewah ini menjadi asbab supaya anaknya lebih rajin untuk ke sekolah.
Tambahnya lagi, dia turut berharap cita-cita anaknya untuk menjadi doktor tercapai satu hari nanti.
Perkongsian yang dimuatnaik oleh Cik Na ini telah membuatkan netizen terkesima apabila melihat seorang ibu mampu memberikan hadiah semewah itu terhadap anak kesayangan mereka yang baru berusia lima tahun.
“Alhamdulillah bagi semangat nak pergi sekolah. Kalau dulu tak bersemangat nak pergi sekolah kena hambat dengan getah paip. Akhirnya ke universiti juga.
“Untung kau dik. Mak ayah jutawan. Akak kahwin dah lima tahun tak mampu nak beli kereta lagi,” demikian antara komen netizen di TikTok.
Semoga selepas ini tiada lagi drama lakonan dari Fatima dan akan rajin ke sekolah seperti yang diharapkan oleh kedua ibu bapanya.
Hidayah itu sememangnya milik Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat umatNya.
Tanggal 24 Ogos 2015, menjadi detik bersejarah dan momen yang cukup bermakna buat penyanyi Stacy apabila bergelar sauadara baru selepas memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Mengimbas kembali detik bermakna itu, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami tercinta, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam cukup santai dan tidak terlalu berat.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik (merujuk kepada Akim) ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy ketika mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada pengacara program berkenaan Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.
Jelas Stacy lagi, dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.
Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Walaupun ia berupa rumah kayu setinggan, namun dekorasinya yang menarik menampakkan seolah-olah ia sebuah apartmen.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Leila Janne .Jom cuci mata dengan atur letak dan hiasan rumah kayu setinggan ini.
deko2 raya pkp rumah kayusetinggan
tq my sis tunjuk ajarku sifuAmnee Janne
x lupa sayang Azman Sulaimanturut ere bini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di