
Kentang goreng antara menu yang bukan sahaja anak-anak suka makan malah andai terhidang di atas meja sesiapa pun akan mencapainya untuk disuakan ke mulut. Menjamah kentang goreng ini pula tidak mengira waktu, sama ada ketika menonton tv, minum petang hatta waktu sarapan pun menepati selera.
Pun begitu, terlalu kerap makan makanan segera atau sejuk beku seperti itu bimbang juga undang bahaya. Jadi nak pastikan kentang goreng yang dimasak daripada bahan yang segar dan menyihatkan, jom pelajari resipi untuk hasilkan sendiri kentang goreng yang sedap dan ranggup.
“Boleh dikatakan kentang goreng makanan ruji muhammad. Tiap tiap hari wajib makan, kadang 2 , 3 x sehari. Duk pikir macam mana la nak bagi kentang goreng yg sihat
Tak sudah rasa nya duk bagi makan yang segera tu. Godek punya godek fb jumpa la resepi ni. Alhamdulillah kena dengan selera dia. Bukan muhammad je suka 1 rumah suka
Sedap dia Kalah fries mcD tau“-Paridah
Bahan-bahan:
Kentang
Tepung jagung
Garam
Cara membuatnya :
- Kentang dipotong memanjang.
2. Rebus dengan bawang putih yang diketuk dan sedikit garam.
Jangan lama dalam 5 minit je.
3.Dah siap masukkan kentang dalam air sejuk. Atau air yg dicampur ais
4.Lepas tu tos kan sampai kering
5.Dah kering salut kan dengan tepung jagung. Jangan banyak sangat agak agak tersalut semua. Jangan salut masa tengah basah nanti goreng jd melekat
6. Goreng dalam minyak panas
7. Panas2 tu tabur garam sikit. Dah siap utk di makan. Sedap sangat rangup plak tu
sumber : Paridah Abd Ghani
Tak Perlu Beras Yang Mahal, Tapi Ni Cara Pilih Beras Sihat Untuk Anak-anak, Wajib Tahu!

Nasi sememangnya adalah makanan ruji kita setiap hari. Boleh jadi gelisah rasanya kalau tak ambil nasi sehari. Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan
anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALU NAK SIHAT?
Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Dr Malinda
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy
Buat Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat. Lelaki Ni Guna Buah Sebagai Bahan Utama & Begini Caranya!

Menanam pokok jenis berbuah kalau sudah bertahun-tahun lamanya namun masih lagi tidak lagi mengeluarkan hasilnya, memang boleh buat kita rasa kecewa dibuatnya. Jadi untuk itu, apa kata anda usahakan untuk membuat baja sendiri sebagai agen penggalak buah dengan menggunakan tiga jenis buah yang mudah didapati.
Ini sebagaimana menurut perkongsian daripada saudara Izham Alias daripada Kebun Bandar berkongsi video cara pembuatan baja buah yang boleh anda hasilkan.
Bahan-bahan:
400gm betik
300gm pisang
300 gm labu
Gula merah
Formula yang digunakan untuk menentukan sukatan gula merah adalah nisbah 1:1. Contohnya jumlah keseluruhan buah yang digunakan 1kg makan gula merah juga hendalah 1 kg.
Cara membuatnya:-
1.Potong kecil kesemua buah berserta dengan kulitnya sekali. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan gula merah dan gaul sebati.
3. Tutup bekas dengan surat khabar dan perap selama seminggu.
4. Setelah itu, siaplah baja buah dan bolehlah digunakan. Caranya tapis dan masukkan cecair tersebut ke dalam bekas. Bila hendak guna ambil cecair tersebut 1 ml di campur dengan 1 liter air.
Ekstra tips : Ketika bekas ditutup dengan surat khabar pastikan jangan tutup ketat untuk pastikan proses peraman berjalan dengan sempurna.
Untuk lebih detail boleh tonton video di link INI
Sumber : Kebun Bandar
ARTIKEL MENARIK: Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Kata Jangan, Akan Mengamuk, Siap Kena Ludah! Budak Autisme Dapat Layanan ‘VIP’, Staff Imigresen Raih Pujian Netizen.

Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak. Namun bagi menghadapi anak pengidap autisme memang tidak semudah yang dibayangkan.
Ada yang melabel mereka sebagai budak nakal, suka mencederakan diri sendiri, ganas, mudah mengamuk dan cenderung tantrum tanpa dijangka.
Bagi yang memahami anak autisme ini tidak akan memandang sebegitu. Malah lebih alert untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Begitulah yang dipaparkan oleh seorang wanita yang memuji sikap kakitangan Imigresen yang santuni seorang kanak-kanak autisme.
Malah kanak-kanak itu dilayanan seakan VIP apabila gelagatnya yang tidak duduk diam, tidak menjadi kemarahan warga kakitangan awam di jabatan itu. Ia bagi memudahkan urusan ibunya di jabatan berkenaan.
Malah, kata wanita itu lagi, kanak-kanak di kawal oleh kakitangan yang bertugas agar tidak bertindak diluar kawalan.
Bila tegur, akan kena ludah!
Post ni kan sbnrnya nk ucapkan tahniah kat Jabatan Imigresen Malaysia Utc Alor Setar. kak mawaq pi nak renew passport mak, abah, anak2 dengan buat passport baby Armand td . Dari mula smpi pegawai laki kt depan tu cakap cukup lembut… kak mawar habaq saya tak buat appt tak pa ka. Dia kata tak apa isi online sekarang sat lagi masuk terus.
Dah siap isi masuk dalam pegawai pompuan pon bagus cakap lembut.. masa tunggu turn ada nampak budak pompuan umur 8 tahun mcm tu duk mengamuk.. Nampak macam somethng tapi dia duduk belah dalam kaunter. Belah pegawai kerja. Dia qabat kaunter, lempar kertas, dok jojet dan sapa kata jangan ja kat dia dia akan mengamuk siap ludah. Dia jalan semua tempat. Semua benda dia sentuh buat kacau.
Staff Imigresen layan dengan baik
Tapi kan, yang bestnya . Semua staff Imgresesn layan dia cukup baguih.. tak adak sorang pon jerkah (marah). Baik laki maupun pompuan depa dok pujuk ja.. terkadang tegejut depa jerit skit bukan marah dia mcm jerit eh terkejut sbb dia sejenis tiba2 mai pulas kamera.. cabut waya… ambik cop ink tu wak lari cop dinding….ahahhaha…
Mula2 igt anak staff kot sbb dia dok dlm… dan dok pikir depa ni layan elok sbb ank staff kot no….tak brani tanya. Tengaj dok adjust ambik pic armand dia mai pulas kamera ahhahahahahahah… kak mawaq tegejut cik cik gumana ni.. ahahhaha.. kn panggil staff depa adjust balik kamera…pastu dia diam sat tgk baby… pi ambik kepok bg baby… barulah kak mawaq tnya sapa ni… depa habaq mak dia bw mai buat passport nk balik indonesia… dia hyper dn autisme… nk balik berubat…
Bukan ank staff angpa ai… tapi cukup2 baguih dr cleaner smpi pegawai suma layan dia.. klo angpa tgk tadi mmg hilang sabaq ooo.. dia punya tantrum tapi kak mawar cukup respect cara depa di Imigresen utc… xgila ka nek dok atas kaunter ni.. duit depa joi kepok dia lempaq bis….xdak sorng pon buat muka maqah.. jerkah dia or usik dia.. mak dia smpi naik tgn xlaqat tapi geng staff pakat tahan jgn buat kak jgn… ish xtau lah.. ku kagum.
Pastu dia nmpak adra, dia ajak adra main.. seb baik anak aku bukan jenis pilih kawan.. buleh dok main dgn dia.. main doktor2… dia ada kawan dia diam dok atas kerusi main elok…. Barang mainan dia kan dia jaga kemas elok tau.. buh plastik balik kemas2.. anak2 aku pon xjaga mainan gutu… hahah
Apa pon skli lagi tahniah utk all staff Imigresen UTc Alor Star… angpa mmg baguih.. xdak layanan double standard.. layan sama rata dan sgt sabaq… klo selalu org viral bad services ja kan.. rasanya xsalah kita viral plak good services dr government agency… benda baik kita share….thumbs up👍👍👍👍👍
Netizen kagum layanan pada anak autisme
Sumber: Mawar Ismail
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.