Pernah dengar tak pantang larang mengenai sesetengah ikan yang tidak boleh dimakan oleh sesetengah orang.
Ikan tersebut adalah ikan kekacang atau ikan baracuda. Dikatakan sekiranya mereka makan ikan ini, kulit mereka akan menjadi luka, gelembung darah dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatannya.
Walaupun tiada bukti saintifik mengenai bahaya ikan ini tetapi ia disampaikan secara verbal turun temurun.
Malah ada yang mengaku pernah melalui situasi begitu setelah termakan ikan berkenaan. Biasanya ia dikaitkan dengan orang Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Sebagaimana perkongsian ini turut mendedahkan bahawa betul atau tidak ikan itu ada sumpahan.
Sehingga kini video di TikTok di akaun syifajamill telah mendapat tontonan sehingga 2.9 juta dengan tanda suka 145.3k dengan durasi 34 saat.
@syifajamill Reply to @qaisara654 Mana orang kelantan hadir sat sahih ka sumpahan ni😰 #siangikan #cifacooks #WatsonsGrandestHBY #cnyootd ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Dalam pada itu, para netizen turut berkongsi mengenai sumpahan ikan berkenaan, Malah ada yang pernah pengsan dan mengalami gatal-gatal di badan.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz