Pasangan

Shukri Yahaya Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia, Tak Sorok Apa-Apa Dari Isteri!

Share

Berkongsi rahsia kebahagiaan rumahtangga, bagi pelakon, Syukri Yahaya dia punya caranya yang tersendiri dalam mengekalkan keharmonian bersama.

Tambah hero kesayangan ramai ini, apa yang diamalkannya adalah berkomunikasi dan sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya, Tya Adnan.

“Saya lebih bersikap terus terang dengan isteri saya. Bila balik dari penggambaran saya akan cerita dengan dia.

“Bila saya tak ada dekat rumah, dia tahu apa saya buat. Kadang saya ambil gambar hantar dekat dia supaya dia tahu apa berlaku di set,” katanya berkongsi.

Bagi menimbulkan salah faham dan situasi kurang senang, akui Shukri, dia lebih senang bersifat terbuka malah tidak akan sekali-kali memberi ruang berlakunya salah faham.

Malah tambah bapa kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bersyukur kerana rumah tangganya tidak diganggu orang ketiga malah sentiasa cuba mengelakkan diri dari berbalas mesej dengan rakan gandingannya ketika bekerja.

“Kalau boleh saya tak nak buka ruang untuk dia salah faham. Dia lebih tahu daripada orang lain.

“Buat masa ini tiada orang yang datang untuk menghimpit saya.

“Nak elakkan perkara ini biasanya saya takkan mesej di luar waktu kerja. Setakat di set penggambaran saja.

“Bila dekat set saya memang suka bergurau tapi habis setakat itu saja. Memang takkan bermesej atau apa. Saya tak izinkan perkara itu berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena, 8 dan Maleeq Miqayl, 4 tahun.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club