Pernah tak berhadapan dengan soalan anak-anak, “macam mana baby ada dalam perut?”, jenuh juga kan kalau dapat soalan ni secara mengejut, boleh speechless sekejap jadinya!
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, Shuib ada berkongsi anaknya Mateen dan Talita bertanyakan soalan yang sama seperti situasi di atas, speechless Shuib jadinya!
“Bayi Datang Dari Makanan”
Berborak sambil makan, Mateen yang awalnya ajukan soalan sempat membuat andaian sendiri bahawa bayi datang dari makanan.
“Entah-entah makanan tu jadi baby?”
Tidak hanya Mateen, Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta juga mempunyai pandangan sendiri tentang hal ini.
“Dekta tahu baby datang dari bulat, dia masuk dalam bulat tu. Kan?”
“Bulat tu apa?”
“bulat tu perut. Yang masuk tu cacing. Cacing baby, tapi bukan baby tu buat dari tanah ke?”
@twenty281 😂🤣#fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music
Instagram Story itu kemudian dimuat naik semula oleh seorang pengguna Tiktok Din Alhaz dan rata-rata rasa lucu dengan soalan Mateen tersebut. Malah ada yang memberi idea bagi soalan cepumas tersebut.
Sumber : Tiktok Din Alhaz
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/