Syahdu mendengar alunan lirik dari kumpulan Rabbani -Pergi Takkan Kembali.
“Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa….”
Buat yang kehilangan tersayang pastinya merindui setiap kenangan yang dilalui bersama. Namun yang pergi tidak akan kembali lagi.
Sejak berita pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu telah mendapat liputan yang meluas.
Saban hari ada sahaja kisah kebaikkan dan kenangan arwah dikongsi dimedia sosial. Keperibadian mulia yang dimiliki arwah Siti Sarah menjadi perhatian ramai.
Jauh disudut hati suami Allahyarhamah Siti Sarah, pelawak terkenal Shuib Sepahtu, meluahkan rasa syukur apabila semua pihak sentiasa menitipkan doa buat arwah.
Namun, Shuib menerusi melalui hantaran terbarunya di Instagramnya memohon agar semua pihak berhenti perkongsian berkaitan dengan arwah termasuk gambar dan video yang tidak menutup aurat. Malah juga memesan tidak lagi menceritakan kebaikkan arwah secara berlebihan.
Mohon henti paparkan gambar dan video arwah isteri
Assalamualaikum semua.
Saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah binti Raissuddin, bidadari syurga saya.
Tapi saya ada permintaan dimana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
Ads
Saya juga mohon pada yang terupload di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut, dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan.
Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita.
InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Jika rindu sedekahkan Al-Fatihah
Katanya lagi menerusi caption, Shuib berpesan memberitahu jika peminat merindui arwah sedekah Al-Fatihah buatnya.
Sama sama kita terus istiqomah menuju ke Jalan Allah swt. ALLAH MAHA BESAR 🤲 Jika Rindu pd Allahyarhamah SITI SARAH BT RAISSUDDIN SEDEKAHKAN ALFATIHAH,,, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA AMIN
Perkongsian wanita ini berkenaan snek yang mudah disediakan di media sosial mendapat perhatian warganet dengan perkongsian hingga 12K. Ramai merasakan cukup teruja untuk mencuba resipi yang begitu mudah disediakan, iaitu hanya menggunakan 2 bahan sahaja.
Tidak dengan itu, perkongsian hasil snek yang disediakan olehnya juga cukup nampak menyelerakan hingga buat ramai tidak sabar untuk merasai keenakan rasa nestum yang ranggup dan disaluti coklat.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita pula sediakan dan nikmati hidangan snek ini bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.
1.Cairkan coklat dengan kaedah double boiler sehingga cair macam ini.
2. Selepas itu tutup api dan masukkan 1 paket Nestum
3. Gaul sampai sebati biar bersalut elok.
4. Selepas digaul sebati masukkan ke dalam bekas yang dilapik dengan plastik. Ini bertujuan untuk senang dikeluarkan nanti.
5. Kemudian potong siap-siap, dan barulah letak dalam peti ais.
6. Bila dah sejuk patah-patahkan dan siap untuk dimakan.
Ekstra Tip : Jika hendak disimpan, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia akan tahan lama. Pun begitu, biasanya yang sedap macam ini tak tahan lama, kejap dah licin dimakan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
6 Bulan Nurse Tinggalkan Tiga Anak Di Rumah Pengasuh, Waris Dicari.
Meruntun jiwa melihat wajah tiga orang kanak-kanak ini.
Sampai hati ibu kandungnya meninggalkan tiga anak orangnya di rumah pengasuh.
Dimanakah kasih sayang ibu sehingga ke syurga? Menerusi Facebook Jkm Wpkl sedang mencari waris buat tiga beradik ini.
Berikut maklumat lanjut mengenai adik beradik ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG
NAMA KANAK-KANAK:
IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN)
IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN)
QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN)
PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE
Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.
Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.
Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.
Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel shukor@jkm.gov.my bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Popia adalah antara makanan yang tidak lapuk dek zaman dan tidak lekang dek panas. Sejak dari kita kecil lagi makanan ini telah wujud dan sehingga la zaman moden kini.
Jika sebelum ini biasanya beli dipasar malam tapi rasanya tidak la seenak jika kita sendiri yang membuatnya.
Nak lagi padu buat sendiri intinya. Siap boleh beli ikut bajet sendiri. Begitu juga dengan resipi ini, boleh cuba buat. Bajet pun tak banyak, memang jimat!
Popia Carbonara
️Bahan inti:
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak
️Cara:
1.Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.
3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.
4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.
5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.
6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.
7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. Siap.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Zaida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...