Uncategorized

Shuib Kembali Menjadi Penyampai Radio, Dapat Tawaran Yang Lebih Menarik

Share

Pelawak dari kumpulan Sepahtu, Shuib bakal kembali menjadi penyampai di sebuah stesen radio popular.

 Menurut sumber Harian Metro, Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bakal memulakan tugas dalam waktu terdekat selepas stesen radio itu berjaya memberikan tawaran menarik kepadanya.

Difahamkan, stesen radio itu mula mencari penyampai baharu selepas terdapat kekosongan ekoran penyampai sebelum ini yang berhenti.

Pihak stesen radio itu juga perlu mencari pengganti yang berkelayakan berdasarkan populariti dan pengalaman dimiliki.

 Apatah lagi sebelum ini Shuib juga pernah menjadi penyampai radio di Hot FM selama dua tahun sebelum ini.

Sememangnya beliau selayaknya mengendalikan tanggungjawab itu, sesuai dengan perwatakan beliau yang ceria dan tenang.

sumber : Harian Metro