Pelawak dari kumpulan Sepahtu, Shuib bakal kembali menjadi penyampai di sebuah stesen radio popular.
Menurut sumber Harian Metro, Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bakal memulakan tugas dalam waktu terdekat selepas stesen radio itu berjaya memberikan tawaran menarik kepadanya.
Difahamkan, stesen radio itu mula mencari penyampai baharu selepas terdapat kekosongan ekoran penyampai sebelum ini yang berhenti.
Pihak stesen radio itu juga perlu mencari pengganti yang berkelayakan berdasarkan populariti dan pengalaman dimiliki.
Apatah lagi sebelum ini Shuib juga pernah menjadi penyampai radio di Hot FM selama dua tahun sebelum ini.
Sememangnya beliau selayaknya mengendalikan tanggungjawab itu, sesuai dengan perwatakan beliau yang ceria dan tenang.
sumber : Harian Metro
“Bella Performed Well!” Tampil Bak Puteri Serlahkan Semangat & Keberanian Adik Bella
Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang lebih dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup tentang kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.
“Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella,” katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.
Bagaimanapun, kehadiran adik Bella hari ini mencuri tumpuan khalayak apabila datang dengan ceria senyuman terukir indah, lebih kelihatan sihat berbanding ketika ditemui sebelum ini.
Malah yang paling menjadi perhatian adalah busana gaun berwarna biru yang sinonim dengan watak utama animasi tersebut, iaitu Puteri Elsa. Lebih manis, sebuah mahkota turut terselit rapi di bahagian atas tudung yang dipakainya.
Turut berada di tempat kejadian, seorang individu di laman Facebook miliknya, Mona Din berkongsi momen-momen ketika bertemu dengan gadis remaja itu. Malah dalam perkongsian terbaru, Puan Mona Din berkongsi meskipun tiada orang awam boleh masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, tetapi adik Bella dikatakan berjaya memberikan kenyataan dengan sangat baik!
Perkongsian yang dibuat oleh Puan Mona Din turut menarik perhatian pengikut di laman facebooknya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang terus mendoakan kebaikkan untuk remaja istimewa itu.
Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Facebook Mona Din
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Pesan Ustazah Norhafizah Kalau Ibu & Ayah Nak Tenang, Renungkan 5 Perkara Ni Dalam Hidup!
Tidak dapat dinafikan kehidupan masa kini dilihat begitu kompleks dan turut terkesan pada diri kita sebagai seorang ayah dan ibu. Kita punya tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan anak-anak menjadi insan yang sempurna akhlak dan agamanya.
Pun begitu, kita sebagai manusia biasa juga sedar banyak kelemahan diri dan semua ini boleh menyebabkan kita sendiri sering berasa tidak tenang, cemas, stress malah lebih membimbangkan ada yang rasa tidak bahagia.
Hal ini menyebabkan sesiapa pun akan berasa tidak selesa dan dengan sendirinya akan mencari dan cuba untuk ‘keluar’ daripada zon tersebut. Dan salah satu cara terapi harian yang terbaik adalah dengan mengikuti saranan yang pernah diberikan oleh Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv. Apakah itu, jom teliti satu persatu.
1. Ayat-ayat Quran.
Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Ingat kebesaran
Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Syukur
Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Ingat dosa
Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Ingat tanggungjawab
Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Pesan Ustazah Norhafizah Lagi…
- Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
- Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
- Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri , kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang. Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab.
- Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
- Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
EKSTRA TIPS
[su_highlight background=”#fdfcf4″ color=”#8d0e12″]10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari[/su_highlight]
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
2. Surah Yassin – Pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Berpindah Rumah, Sayang Nak Tinggalkan Tanaman. Begini Triknya!
Berpindah ke rumah baharu yang lebih besar dan selesa tentunya suatu saat yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Pun begitu, sebelum berpindah biasanya kita perlu lakukan proses pembungkusan barang-barang yang ingin dibawa ke rumah baharu.
Cara paling praktikal masukkan di dalam kotak untuk lebih tersusun dan mudah diangkat. Namun bagaimana pula cara yang perlu dilakukan untuk membawa pokok-pokok yang anda sayang?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
Memindahkan pokok tanpa menggunakan pasu? Gunakanlah cara ROOTBALL
Boleh ke?
Pokok tak mati ke?
InsyaAllah tidak. Saya pernah melakukannya. Berpindah rumah, untuk menjimatkan ruang dalam lori pengangkut, saya tinggalkan pasu tapi tidak tinggalkan pokok. Pokok2 yg saya bawa berpindah 4 tahun lepas masih hidup hingga ke hari ini.
Caranya :
1. Cabut pokok dari pasu/tanah.
2. Pangkas dahan pokok untuk memudahkan kerja.
3. Buang tanah dari akar. Pangkas juga akar, tapi jangan terlalu banyak pangkasan. Sederhana sahaja.
4. Sediakan kain guni/cotton yang berbentuk segiempat. Kain pelikat/batik bolehla jugak. Kain tudung Itik atau Lopa tak digalakkan. Bentang kain/guni, isikan tanah yang ringan. Balutkan akar pokok dan tanah menggunakan kain/guni tersebut hingga kemas. Ikat dengan tali. Balutan ini dinamakan ROOTBALL. Jangan lupa siram.
5. Pokok dan rootballnya sedia untuk dipindahkan. Rootball ini mampu bertahan berbulan, malah bertahun, asalkan disiram apabila perlu.
6. Apabila sampai ke destinasi, jika mahu menanam pokok ke dalam pasu, tanggalkan kainnya. Jika tanam pada tanah, tidak perlu tanggal kainnya.
Sumber : Salina Shamsudin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club