Pelawak, Shuib, 38, mengaku berdebar untuk bernikah kali kedua bersama wanita pilihan hatinya, Watie yang bakal berlangsung pada 23 Jun 2023.
Menurut Shuib kepada Gempak, apa yang lebih mendebarkan adalah ketika akd nikah, Shuib perlu menyebut nama penuh Watie iaitu Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, yang dikatakan agak panjang.
“Mestilah berdebar dan tak dapat bayangkan bagaimana indahnya nanti momen akad nikah saya bersama keluarga dan anak – anak dan cinta baru ini. Debaran tu takt ahu macam mana saya nak ungkapkan.
“Apa yang lebih mendebarkan juga sebenarnya ketika akad nikah nanti. Nama Watie ni dah lah panjang, Nasib baik tak perlu sebut senafas tapi kena sekali jalan sahajakan…”
“Apa – apa pun saya harap semua akan berjalan dengan lancar,” kongsi beliau dengan Gempak.
Mengulas lanjut mengenai Watie, Shuib yakin wanita itu mempunya tahap kesabaran yang tinggi untuk sama – sama melayari bahtera bersamanya serta empat orang anaknya yang masih kecil.
“Watie ni saya boleh kata dia ada sifat keibuan yang semula jadi. Dia seorang yang boleh sabar melayani kerenah anak – anak saya.
“Ternyata, saya sendiri banyak belajar dengan dia bagaimana boleh bersabar dengan anak – anak ini.
“Insya Allah saya yakin dia dapat sama – sama menjadi isteri dan ibu kepada anak – anak saya,” ujarnya kepada Gempak.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie diadakan di Shah Alam Dan Gempak merupakan media rasmi yang membuat liputan penuh untuk malam itu.
Majlis itu juga bakal disiarkan dalam siri mini terbaru yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun, jam 9 malam di Astro ria.
Terdahulu, Shuib mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hamper dua tahun bergelar duda.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pafa tahun 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya matai aitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayyash Affan.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid – 19.
Sumber: Gempak
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club