Pelakon Anzalna Nasir dipilih sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudung milik Allahyarhamah Siti Sarah, Loveta.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh ibu kepada Eidress menerusi laman Instagramnya.
Menerima tawaran ketika mengenakan tudung pada September lalu, akui jenama Loveta memberi pengertian tersendiri buat dirinya.
“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
“Selain dari material/design tudung yang mudah disarung, Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah @sitisarahraissuddin iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga,” tulisnya.
Ulas isteri kesayangan Hanif Zaki lagi, tawaran tersebut terlebih dahulu mendapat izin dari suaminya.
“Masa team @lovetahq text dan tanya untuk kerjasama ni Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah @sitisarahraissuddin. Banyak kali Anzalna tanya pendapat @hanif_zaki.
“Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya lagi.
Menerusi Insta Stories, Anzalna turut memuatnaik dedikasi mengenai penggambaran video tersebut.
“Mungkin terlalu banyak kali repeat tengok video shooting @lovetahq dengan alunan lagu dari arwah @sitisarahraissuddin sampai termimpi arwah. Al-fatihah
“Tapi sekejap saja dia muncul. Satu tugas yang agak besar tetapi Anzalna percaya harini tolong orang semoga di waktu Anzalna susah ada yang datang tolong Anzalna. InsyaAllah,” tulisnya.
Dia turut menyifatkan satu-satunya anak perempuan arwah, Dzahira Talita Zahra atau sinonim disapa Dekta sebagai kanak-kanak yang manja.
“Dekta anak yang cantik, sangat manja, kelakar dan sangat kuat tetapi ada masa dia akan termenung. Had sucha a great time with her. Love you Dekta!,” ungkap Anzalna lagi.
Sumber: Anzalna
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club