Shila Amzah ‘tayang’ wajah Rhea Akira, banyak iras Ubai tapi dagu tetap ‘milik’ mamanya. Shila Amzah selamat bersalin anak perempuannya pada 9 Mei 2024 yang lalu. Genap sebulan Shila melahirkan anak keduanya itu.
Shila Amzah ‘Tayang’ Wajah Rhea Akira
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Shila mendedahkan wajah anak keduanya buat pertama kali. Perkongsian itu menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan pipi gebu dan dagu yang memang ‘sebiji’ seperti mamanya.
Assalamualaikum aunty and uncle Hari ni genap @rheaakiraa Sebulan, Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya Nota kaki: Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah, Gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg. Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama, – tulis Shila diruangan kapsyen.
Selain mendapat perhatian daripada warga maya, perkongsian Shila juga turut mencuri perhatian rakan artis. Berikut antara komen rakan artis dan juga warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain, Shila turut berkongsi pengalamannya selama sebulan menjalani tempoh berpantang.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak berjaya. Setiap kejayaannya pastinya mencerminkan didikan yang cemerlang daripada ibu bapa. Tetapi bagaimana nak didik anak supaya memahami erti kejayaan. Jom semak perkongsian ini.
Didik anak-anak erti capai kejayaan.
1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Impaknya, dia akan cipta lebih banyak lagi kejayaan.
Kalau anak baru pandai sebut huruf ba. Kita sorak dan buat mereka rasa seronok. Mereka berjaya tolong letak pinggan dalam sinki, ucapkan terima kasih.
Bagi mereka ‘feel’ rasa seronok buat kebaikan dan dihargai.
2. Apabila anak gagal. Bimbing dia cara berdepan dengan kegagalan. Ungkapkan kata-kata yang boleh positifkan dirinya semula. Bagi mereka kata semangat yang buatkan dia berazam untuk bangkitbsemula.
Jangan dihentam dengan kata-kata menyakitkan. Ingat, ia proses membentuk identiti anak. Nak bina bandar Rom tak ambik masa sehari tau!
3. Ucapan tahniah, terima kasih dan tunjukkan penghargaan adalah salah satu resipi mahal dalam pembesaran anak-anak.
Toksah terlalu keras dengan mereka seolah diri kita lebih hebat dan tak pernah gagal.
4. Bina jatidiri anak-anak. Jangan masa mereka cemerlang je kita ambik kredit. Tapi masa mereka jatuh kita buat tak tahu. Lebih teruk, kita tambah penderitaan mereka.
5. Orang berjaya ialah orang yang banyak belajar dari kegagalan dan bangkit darinya. Tak semua orang yang dapat bangun semula selepas ditimpa musibah pada diri mereka.
Orang berjaya, kekal berjaya kerana dalam diri mereka ada ‘strong will’ yang tidak ada pada semua orang. Sifat ini yang kita nak didik dalam diri anak-anak. Jadi seorang fighter! Never give up dalam hidup.
Semoga berjaya mendidik anak-anak. Doakan diri saya juga ya, agar dapat jadi ayah yang dikagumi dan disayangi anak-anak.
Sumber: FB Hafizul Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang ‘melekat’ aje dengan ayahnya.
Sesungguhnya banyak manfaat jika anak bonding dengan ayah. Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh Mohd Fhais di laman facebooknya.
Manfaat masa sepenuhnya bersama anak
Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.
Allahu, berat annur rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.
Tapi bila di fikir balik, bukan senang pinggang nak patah.
Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.
Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”
Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.
Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.
Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:
Manfaat bonding ayah dan anak
1 – Hubungan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.
2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.
3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.
4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.
5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik
6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.
7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.
Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.
Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.
Untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga, suami isteri kena saling menghargai antara satu sama lain. Sikap saling melengkapi akan membuatkan jalinan kasih sayang sentiasa berpanjangan. Namun, kadang kala, isteri alpa dengan apa kemahuan suami.
Jom semak panduan ini. Semoga para isteri akan lebih memahami keperluan suami.
1. Suami berkeinginan untuk di hormati.
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan isteri.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi.
Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan.
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Hubungan intim
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.