Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
Ads
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Ads
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Ads
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Belum pun sampai setengah tahun sesi persekolahan, tapi sedihnya baju sekolah anak sudah berubah menjadi kelabu asap warnanya.
Sebab ini juga, boleh buatkan ibu jadi stress bila hendak mencuci pakaian. Puas disental, namun kotoran degil tetap kekal terlihat di baju sekolah tersebut.
Jadi, nah baca macam mana nak cuci baju putih dengan lebih mudah. Kalau asyik guna peluntur tu, baju pon akan mudah reput dan nipis.
Cara ini dikongsikan oleh Nor Rabiah Abdrahman. Selamat mencuba dan semoga selepas ini ibu-ibu tidak lagi stress mencuci pakaian sekolah anak. Pakaian putih akan kekal putih berseri!
Cer try cara ni pulak.
1. Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.
2. Rendam pakaian dalam air panas. Ianya boleh menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlu gosok.
3. Jika ada kesan dakwat, ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat. Biarkan ia terendam seketika dan gunakan span untuk menggosoknya perlahan-lahan.
4. Untuk menghilangkan daki pada kolar baju, tuangkan sedikit syampu (tak kisahlah jenama apa pun) dan gosokkan bahagian kolar baju anda dengan berhati-hati. Kemudian, bilas dan cuci baju seperti biasa.
5. Jika terdapat kesan rumput, anda boleh membersihkannya menggunakan pes ubat gigi (bukan jenis gel) dan menggosoknya. Kemudian, bilas seperti biasa.
6. Untuk menanggalkan kesan minyak hitam yang terlekat pada pakaian, mula-mula gunakan tisu untuk menyerap seberapa banyak kesan yang boleh.
Kemudian, taburkan sedikit tepung jagung atau bedak bayi di atas kesan tersebut. Biarkan seketika dan tanggalkannya semula (secara kering). Kemudian, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan mangkuk ke atasnya dan beruskan hingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu ayah sudah tentu inginkan anak yang mempunyai kecerdasan yang cemerlang dalam bidang akademik.
Ia lumrah bagi semua orang yang inginkan anak berjaya dalam hidup. Justeru, ramai yang sanggup menyediakan persekitaran pembelajaran yang sempurna buat anak-anak.
Dalam pada itu, ibu ayah juga boleh mengetahui potensi diri anak menerusi gengam tangan. Ini dinyatakan menerusi perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering berkongsi mengenai perkembangan diri kanak-kanak di facebook miliknya.
Daripada otak yang dominan ni kita boleh tahu banyak rahsia anak kita.
Antaranya :
Buat anak otak kiri dia lebih,
– banyak berfikir dari meneroka – dia suka sangat pada nombor – cerita kurang logik dia susah percaya – fokus bila dah buat sesuatu – ada rasa ingin tahu yang kuat
Buat anak otak kanan pula,
– lebih suka meneroka dari berfikir – tak suka nombor tapi suka cerita – kalau dengar kita cerita memang ralit – tapi dia kuat juga berangan – sangat-sangat kreatif
Ada banyak cara nak tengok anak dominan otak mana tapi ini cara paling senang.
Minta anak genggam sepuluh jari dia seperti di dalam gambar.
Lihat ibu jari mana yang di atas.
Jika ibu jari kanan di atas maka dia dominan otak kiri, jika ibu jadi kiri di atas maka dia dominan otak kanan.
Hujahnya,
Setiap anggota badan kita ni di kawal oleh otak yang berlawanan.
Otak kiri kawal bahagian kanan. Otak kanan kawal bahagian kiri.
Cuba dan gudluck, sampaikan juga pada ibu ayah lain ye
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahagia diri kita itu kita yang tentukan. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan dalam mencari dan mengejar bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima. Umpamanya bila membaca perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.