seperti yang telah diumumkan sebelum ini, penyanyi popular Shila Amzah bakal membina mahligai cinta bersama pilihan hatinya iaitu personaliti media sosial Ubai MZ, 25, pada hujung minggu ini atau lebih tepatnya pada Sabtu.
Sebagai orang tua pihak pengantin, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman turut merasai debaran yang dirasai oleh anaknya dan tidak melepaskan peluang berkongsi video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya memegang persalinan
dipercayai miliknya sempena hari pernikahan anaknya itu dari sebuah butik pakaian.Menerusi video tersebut, Fauziah atau lebih mesra dipanggil mamazie turut meletakkan audio berlatarbelakangkan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak.
Di ruangan kapsyen, dia sempat berseloroh kononnya mahu mendirikan rumah tangga namun menyifatkan ia sekadar angan-angan sahaja selain meluahkan kesyukuran atas segala yang dimiliki.
“Lepas anak mak pulak.. Eh.. Gurau je, berangan tak salah kan,” tulisnya di ruangan kapsyen berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengaminkan doa tersebut malah ada juga yang menyokong tindakan wanita berusia 55 tahun itu untuk mencari kebahagian yang tersendiri.
Untuk rekod, Fauziah mendirikan rumah tangga tangga bersama pasangannya iaitu penyanyi terkenal pada era 80-an dan 90-an, ND Lala dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Fauziah Sarman