Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.
Menerusi Insta Story miliknya, Shila berkongsi mengenai perkara itu bersama pengikutnya.
Tambah Shila lagi yang kini sedang berpantang, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya turut menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.
“Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).
“Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik.
Ads
“Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
“Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidap penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
Ads
“Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama,” katanya lagi.
Sekadar info, Shila mendirikan tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Luka koyakan atau luka episiotomi serta jahitan ketika proses bersalin memerlukan tempoh waktu untuk sembuh seperti sediakala. Disebabkan itulah penjagaan ketika berpantang amatlah penting.
Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan.
Sebelum mengetahui tips penjagaan luka bersalin, jom kita fahami setiap peringkat luka bersalin:
4 JENIS PERINGKAT LUKA BERSALIN
1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.
2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.
3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.
TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN
Bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh dan baik tanpa sebarang pembengkakan atau masalah lain, beberapa perkara ini perlu diberikan perhatian:
1- Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
2- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.
3- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.
4- Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
Kredit: Twitter @myheartcommunity; Sirap Limau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin membuatkan ibu merasa tidak keruan. Perubahan badan yang bermacam ragam ini kalanya mendatangkan kerunsingan buat ibu. Mulalah ibu fikir macam-macam.
Apa sebabnya? Umumnya, keadaan ini berlaku pada ibu yang menyusukan anak mereka. Faktor hormon dan beberapa punca lain boleh menyebabkan gejala muncul pada ibu yang baru melahirkan anak.
1. Perubahan hormon dalam tubuh
Keadaan badan ibu selepas bersalin berubah secara drastik menyebabkan rembesan peluh berlebihan pada waktu malam. Jangan risau, ini bukan petanda buruk. Keadaan seperti ini akan berubah mengikut peredaran masa.
Dalam badan wanita hamil, hormon progesteron dan estrogen dihasilkan secara besar-besaran untuk menyokong pertumbuhan janin. Selepas bersalin, paras kedua-dua hormon ini serta-merta menurun dengan ketara. Turun naik hormon seperti ini mengubah suhu badan ibu, menyebabkan peluh berlebihan pada waktu malam.
2. Menyingkirkan simpanan air dalam badan
Semasa mengandung, tubuh ibu menyimpan banyak cecair di dalam badan. Tujuannya adalah untuk menyokong perkembangan janin di dalam rahim.
Selepas bersalin, cecair berlebihan ini sudah tentu tidak diperlukan lagi. Jadi, cecair tersebut akan dikumuhkan melalui kelenjar peluh dan air kencing secara besar-besaran selepas bersalin.
3. Hamil bayi kembar atau lebih
Punca seterusnya berpeluh malam selepas bersalin ialah mengandung anak kembar. Ibu yang mengandung anak kembar atau lebih biasanya mengeluarkan lebih banyak darah, membuatkan mereka lebih mudah berpeluh selepas bersalin seperti ini.
4. Penyusuan menyebabkan peluh malam
Ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan mengalami perkara yang sama kerana proses penyusuan akan menyekat pengeluaran hormon estrogen, seterusnya menyebabkan rembesan peluh yang berlebihan.
5. Kekurangan cecair semasa mengandung
Jika ibu mengalami pengekalan cecair atau edema semasa kehamilan, terdapat potensi untuk lebih banyak peluh keluar. Pengekalan air atau edema adalah keadaan di mana badan menyimpan terlalu banyak air.
Ibu yang mengalami peluh selepas bersalin biasanya berpeluh secara berlebihan pada waktu siang dan malam selepas bersalin. Ini adalah mekanisme semula jadi badan di mana cecair berlebihan yang menyokong badan ibu dan janin semasa mengandung dikeluarkan.
Beberapa simptom lain yang disertakan termasuk:
* Bau badan yang kuat * Kerap terjaga malam * Terasa basah kuyup * Cepat marah-marah * Keletihan
Pun begitu, jika ibu selepas bersalin berpeluh dan mengalami ciri-ciri lain seperti demam atau pendarahan, sakit ketika membuang ai kecil dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor.
Pastikan anda menghubungi doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala berikut:
* Demam atau suhu badan melebihi 38 darjah Celsius * Keputihan yang luar biasa atau berbau busuk * Pembekuan darah besar atau pendarahan berwarna merah terang lebih dari tiga hari selepas melahirkan * Sakit atau terbakar ketika membuang air kecil * Kesakitan, kemerahan atau pendarahan di tempat luka atau jahitan * Kawasan merah di dada dan terasa hangat * Kejang yang teruk * Kesukaran bernafas, pening atau pengsan * Berasa sangat tertekan atau cemas
Ibu yang peluh ketika malam hari selepas bersalin secara amnya akan berhenti dengan sendiri kerana keadaan fizikal anda semakin stabil. Walau bagaimanapun, jika peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor!
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...