Siapa yang tak kena dengan pengacara, Sherry Al Hadad yang dikenali ramai dan bersahaja apabila mengacarakan sesebuah rancangan sama ada secara Live atau rakaman.
Baru-baru ini beliau telah berkongsi gambar arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad dan arwah ayahnya, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.
Melalui kapsyen yang mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya Sheery telah menarik perhatian rakan artis.
Ads
Salam Jumaat semua.Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad. Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun. Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”. Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry cerry lady. btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau.Cicit pun dah ada. Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah.
Kentang antara bahan masakan yang selalu ada di dapur. Kegunaannya banyak, baik untuk sup mahupun dijadikan kudapan atau boleh juga dibuat inti karipap dan sebagainya lain. Ada ibu-ibu yang selalu membeli dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan bagi kegunaan di lain masa.
Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah kentang yang lama dibiar tidak dimasak akan keluar tunas. Dek kerana sayang dan rugi jika dibuang begitu sahaja, ada antara ibu-ibu yang tetap memasak kentang tersebut. Tanpa anda ketahui kentang yang sudah bertunas sebenarnya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh anda dan keluarga. Jom semak artikel ini!
Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut
Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.
Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Sakit Kepala Salah Satu Punca
Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.
Kentang Kulit Hijau Beracun
Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.
Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.
Sudah Kehilangan Nutrisi
Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.
Mengundang Risiko Kanser
Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.
Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.
6 Tip Pilih Kentang Terbaik
#Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin
Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.
#Kalau Berat.. Dah Betullah Tu
Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.
#Warna Kentang Kena Kuning Muda
Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
#Jangan Pilih Yang Dah Bertunas
Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.
#Saiz Kentang
Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.
#Jangan Simpan Dalam Plastik
Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.
sumber: Mingguan Wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bercerita tentang minat mak-mak ini, selain hobinya suka ‘shopping’, mencuba resipi baru, menjahit dan tidak kurang juga ada yang suka hendak mencantikkan kediaman dan laman dengan adanya menanam sepasu dua pokok bunga. Tujuannya satu, nak juga rumah yang dihuni nampak berseri dan cantik dipandang oleh jiran-jiran!
Jadi, untuk itu apa kata kita mencuba untuk menanam pokok bunga ros. Bukankah bunga ros ini cantik dan wangi pula baunya?
Jom semak perkongsian daripada puan Rose Malinie ini. Moga bermanfaat.
Asal cuti ja bunga ros,asal bunga ros ja cooti hahah elergik sungguh pantang jumpa bunga ros ni mungkin sebab warna dan bunganya yang menawan gitew
Jom cikRose share serba sikit tentang penjagaan dan tanam bunga ros ni walau tak complete boleh la amik yang mana berkenaan dan basic.
Menanam di dalam Pasu
Langkah 1
Pertama sekali kenalah ada pasu yang besar sedikit dari anak pokok tadi. Kedua pilihan tanah hendaklah yang bersesuaian iaitu tanah poros bagi tanaman ros.
Langkah 2
Timbunkan tanah ke dalam pasu. Buat macam bukit kecil di tengah pasu. Taburkan baja Organic ros dua sudu makan.
Langkah 3
Keluarkan anak pokok dari plastik dan buang tanah yang melekat pada akar. Tanam pokok bunga ros di sekeliling tanah yang berbentuk bukit.
Langkah 4
Tambah tanah lagi. Siram pokok dengan air.
Tips penjagaan:
Air – Siram air 2 kali sehari (siram pada tanah bukan pokok) Baja – 2 kali seminggu (guna baja untuk ros)
Cantas/pruning: Cantas dahan pokok bagi mendapatkan bunga yang banyak. Setiap kali selepas bunga gugur, dahan pokok hendaklah dicantas lebih kurang 15cm daripada tangkai bunga gugur. Jika ada ranting yang berpenyakit, terus cantas sahaja.
Cahaya – Letak bawah cahaya matahari untuk mengelak pokok black spot. Antikulat – Sembur organic antikulat apabila terdapat debu putih pada daun pokok.
DIY Antikulat – Campuran 3 teaspoon baking soda, 2 tablespoon minyak kelapa & air. Sembur pada daun yang berpenyakit.
Kalau area SP ni hanya RM15 sepokok,siap tanam sekali pasu dalam rm25. Kalau korang nak pokok bunga ros hidup subur…jom kita tengok apa musuh utama pokok ini.
Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
Thrip – Kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantutkan pucuk bunga seakan-akan terbakar, seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan penyakit – Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu, dibakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros.
Blackspot – Merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 – 50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab dan basah.
Berat mata memandang berat lagi bahu. Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak yang dikandung selama 9 bulan lahir dengan sempurna, namun hilangan pancaindera akibat sikap rakus manusia.
Bukan tidak menidakkan takdir tetapi naluri ibu sebak dengan kejadian menimpa buat anak tersayang. Akibat disamun oleh tiga oranag lelaki, anak anak kini kehilangan tangan kanan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, ketika kejadian, mangsa Siti Nur Azizah Syafriadi, 17 bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.
Tangan membiru tidak dapat diselamatkan.
Siapa sangka, kejadian itu menyebabkan tangan kanan terpaksa dipotong tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan.,” jelas salah seorang ahli keluarga mangsa.
Harapan keluarga
Mangsa merupakan anak anak sulung daripada lima beradik merupakan insan yang bertanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan. Mereka sekeluarga tinggal di kediaman PPR Beringin Jinjang, Kuala Lumpur.
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki.”
Terkini: Telah sedar dan masih lemah
“Alhamdulillah , terus kan doa kawan2, azizah dah bukak mata☺️ syukur azizah dah sedar .. semoga azizah terus kuat-” Atiqah Mowari
Menerusi perkongsian terbaru menerusi Atiqah Mowari , memaklumkan adik Siti Nur Azizah Syafriadi telah sedar namun lemah.
Beliau memberitahu bahawa mangsa merupakan adik saudaranya juga mohon warganet mendoakan kesejahteraan mangsa.
Buat yang ingin memberi sumbangan ke akaun ibu mangsa, Roslinawati binti Ya di akaun CIMB: 7067141326
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...