Sheera Iskandar Dijangka Bersalin Awal Jun, Terkilan Arwah Papa & Bapa Mentua Tak Sempat Lihat Cucu

Share

Pelakon drama Gerak Khas, Sheera Iskandar yang kini sedang sarat hamil anak pertama teruja menanti kelahiran zuriat hasil perkahwinannya dengan suami, Mohd Halim Abdul Gani.

Namun demikian dalam kegembiraan itu, terselit perasaan sedih apabila ia tak dapat dikongsi oleh arwah papanya, Tengku Iskandar yang meninggal dunia pada 28 Februari lepas.

Menurut Sheera, bapa mentuanya pula meninggal dunia pada 15 April lalu.

“Mereka tak sempat nak tengok cucu. Sebelum mereka meninggal, saya sempat beritahu yang saya mengandung. Kedua-duanya sangat bersyukur dengan berita gembira tersebut.

Arwah papa amat gembira bila tahu saya mengandung. Arwah ayah mentua pula, bila kami tunjukkan gambar scan baby, raut wajahnya seakan tahu dia tak sempat tengok cucunya,” demikian ujar Sheera yang meluahkan rasa sedih mengenangkan dua insan tersayang tidak dapat menatap wajah anak sulungnya.

FOTO: Instagram @sheeraiskandar

Kedua-duanya meninggal dunia pada Februari dan Ramadan tahun ini akibat sakit tua. Sheera yang berkahwin dengan Mohd Halim pada 3 Mei tahun lalu sempat meluangkan masa pulang ke kampung Halim di Melaka pada Hari Raya pertama.

“Raya kali ini disambut bersederhana saja. Saya baru baik dari C0VID-19 dan belum sihat sepenuhnya. Halim pun kerja di pagi raya. Lepas kerja kami balik Melaka sekejap untuk beraya bersama ibu Halim dan ziarah kubur ayah mentua.

“Berkenaan persiapan menyambut cahayamata sulung, saya dijangka bersalin pada awal Jun. Persiapan pun belum sepenuhnya. Anak pertama jadi kami belum tahu sepenuhnya apa yang perlu dibeli.

FOTO: Instagram @sheeraiskandar

“Sepanjang hamil saya tidak mengidam yang bukan-bukan. Sekarang pun dengan deria rasa dan bau hilang akibat C0VID-19, makan lauk raya pun tak ada rasa. Doktor tak cakap pula saya kena jangkitan tahap berapa. Cuma Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kena pantau saya sebab mengandung,” katanya.

Sumber: Instagram @myartis

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)