“She Started Having Nightmares Every Night” Shuhada Kongsi Perjalanan Bawa Anak Jumpa Psikiatri

Share

Beberapa hari ini, sedang hangat dengan pelbagai isu yang melibatkan hal rumah tangga termasuk lagi-lagi dalam kalangan selebriti Malaysia. Isu rumah tangga ini bukanlah perkara baru tapi semenjak kebelakangan ini semakin panas dan menjadi-jadi.

Begitu juga dengan Shuhada Shukri, isteri kepada pelakon popular, Hafidz Roshdi yang tak terelpas daripada isu ini. Terdahulu, Shuhada difahamkan telah dipukul di bahagian muka oleh suaminya ketika dalam krisis rumah tangga.

Menurut Shuhada menerusi laman Instagramnya, anak perempuannya, Humairah turut terkena tempiasnya dan dikatakan trauma dengan perkara yang berlaku. Setelah lama berdiam diri kini Shuhada bangkit dan berkongsi perjalanannya merawat trauma yang dihidapi anaknya itu.

“I dah decided to share humairah’s journey in psychiatric treatment dengan niat ikhlas nak orang luar sana tahu how to overcome the trauma and pain anak anak kita lalui”.

Tambahnya lagi, Humairah seorang kanak-kanak yang sangat ceria, sangat yakin dengan diri sendiri, malah jarang nak tantrum dan sudah seperti anak yang normal. Bersyukur dengan perkembangan positif anaknya, Shuhada turut berkongsi beberapa simptom trauma yang dialami oleh puterinya dan caranya menghadapi dugaan ini.

“First symptoms I discovered: 1) she started having nightmares every night. 2) humairah jadi baby nangis nak attention and apa yang baby selalu buat 3) dia kencing malam (she is diapers free since 2 tahun).

“4) selaluuuu sangat termenung, takut nak talk to me since i selalu menangis, I assume she taknak buat i lagi sedih so dia pun makin diam. 5) she started to ask why and why and why 6) tak capable to do things by her own macam selalu 7) dah tak ingat ABC, 123 simple things,” kongsi Shuhada.

Selain itu, anaknya bukan sahaja mula menunjukkan perubahan di rumah tetapi di sekolah juga setelah diberitahu oleh gurunya.

“I memang ingat “oh ujian semua ni, mungkin sebab humairah pun terasa hati with everything” tapi sebenarnya tak, yang ketuk kepala i bila her teacher cakap “ibu, kami tengok humairah dok termenung dekat school, friends making jokes tapi dia tak gelak, sampai friends tanya why humairah’s not laughing”.

“Additional symptom paling semua orang nampak, Humairah akan triggered kalau nampak happy family, dia rasa dia incomplete so dia akan cakap “ibu, bestnya friend ibu ada happy family” this is the thing yang i need to change her perspective about happy family, happy family bukan kena ada ibu abah humairah and umar, happy family is living in a happy life.

“Time ni dah lambat pun, i ingat bila i surrounded her with lain environment and balik kampung, dia makin okay tapi sebenarnya tak”.

Setelah perasan dengan perubahan ketara, Shuhada mula membuat keputusan untuk merawat anaknya dengan cara profesional.

“I discussed with my mom, mama suruh cari solution cepat takut makin teruk, so first and foremost, I bawak humairah pergi klinik swasta, and doctor i kenal memang baik sangat-sangat, so i cerita everything and masa tu pun humairah senyum tapi you know senyum without her eyes smiling too so doctor pun cakap dia dah nampak the symptoms depan mata

“Now after three times dah jumpa psychiatrist, (sekali jumpa doctor zafirah) humairah is getting better alhamdulillah, I changed her school bukan sebab school lama takbagus tapi nk tukar environment and nak bagi dia punya confidence level tu up balik,” luah Shuhada.

Sumber: Instagram Shuhada Shukri