Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Tonton video ini;
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
“Terima kasih Abang Atas Segala Kenangan Dan Memori Indah.” Kata-Kata Menyentuh Hati Seorang Isteri Setelah Pemergian Suami Tercinta
Apa yang pasti, setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian. Cuma ia adalah rahsia Allah yang kita sebagai hambanya tidak tahu bila menjelma. Ketika ini hanya amalan dan doa anak-anak dan isteri adalah paling hampir dengan arwah.
Namun setiap pemergian hamba Allah sudah tentu ditangisi buat yang masih hidup. Begitu lah yang dilalui oleh seorang isteri yang kehilangan suami, Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran pada 25 April 2019 lalu, Khamis malam Jumaat (11.03pm).
Melalui perkongsian ibu kepada empat orang anak ini, di laman facebooknya, Shahida Daud arwah suaminya sangat kritikal dengan mengalami traumatic brain injury setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kata-kata isteri ini begitu menyentuh hati mengimbas pemergian suaminya. Namun, hidup harus diteruskan. Demi anak-anak, wanita ini harus redha dan tabah dengan apa yang telah ditakdirkan.
“Abg, Abg tak pernah mati. Abg sentiasa hidup dalam hati, jiwa dan fikiran Syg. Terima kasih Abg atas segala kenangan dan memori indah. Abg cinta pertama dan terakhir Syg. Semoga kita bertemu semula di Syurga Firdausi.
Abg jangan risau, Syg akan jaga QaishaRaisha, Shaddad dan Baby Tashfeen dengan sebaiknya.”
Terima kasih ALLAH pinjamkan aku Suami yang sangat baik & ayah yang sangat penyayang
“Terima kasih ALLAH pinjamkan aku Suami yang sangat baik & ayah yang sangat penyayang serta menghiburkan walau untuk seketika cuma.
Tenanglah kau di sana wahai Suamiku. Nanti kita bertemu semula di Syurga. Kita bina mahligai cinta bersama QaishaRaisha Shaddad dan Baby Tashfeen di sana.
Abg jangan risau, Syg akan jaga QaishaRaisha, Shaddad dan Baby Tashfeen dengan sebaiknya.”
Sungguh aku redha
Kata-kata arwah suami ada makna rupanya…
“Abg. Sayang ingat lagi Syg pernah cakap kat Abg, Syg nak anak enam orang. Tapi Abg cakap, Abg taknak dah, cukup lah empat orang je…Mungkin Abg dah bagi hint awal2 lagi kat Syg, cuma Syg je yang tak perasan”
Arwah tak sempat nak bergambar dengan bayi ke empat
“Abg, kite tak sempat nak bergambar berenam sekali dengan Baby Tashfeen kan. Tapi takpela kat Syurga nanti kite selfie banyak2 ye Abg. Syg dan QRST sentiasa mencintai dan takkan pernah berhenti merindui Abg”
Sesungguhnya begitulah rasa rindu seorang isteri kepada suaminya. Namun semunya telah ditakdirkan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.
Raja Segala Penawar Racun Adalah ‘Taubat’- Pu Amin
Kehidupan ini sentiasa diuji dengan pelbagai perkara, bahkan ujian itu juga sudah sebati dalam diri setiap orang seperti merujuk kepada lautan yang terbentang luas, kadang-kadang tenang, sekali sekala dilanda gelora.
Terkini, kita semua berdepan dengan ujian berkaitan kesihatan yang cukup membimbangkan. Lantas, Pu Amin ada berkongsi serba sedikit berkaitan Raja Segala Penawar Racun Adalah ‘Taubat’. Ayuh kita selami coretannya dan bersamalah kita muhasabah diri untuk kebaikan bersama.
Ini perkongsiannya.
Raja segala penawar racun adalah ‘Taubat’.
Kalau anda nak tahu dulu pada tahun 478h berlaku wabak ta’un dan demam di iraq hijjaz dan syam . Banyak binatang mati di pedalaman, angin hitam datang ke kampung menyebabkan pokok tumbuh tumbuhan gugur. Semua orang takut dan panik.
Khalifa Al Muqtadi Bi Amrillah memerintahkan agar dilaksanakan amar makruf nahi mungkar, alatan muzik yang melalaikan di pecahkan . Akhirnya penyakit demam,ta’un dan waba berlalu pergi (Lihat Al Bidayah Wa Nihayah 16/93)
Ramai yang takutkan Virus Covid 19. Hakikat nya Allah Swt yang menciptakan Virus ini , bukan untuk menzalimi kita , tapi mengingatlan kita tentang kebesaran Nya . Sekuat dan sehebat mana teknologi dan kepakaran manusia , ia tetap tidak mampu menandingi kehendak Allah Swt.
Yang sakit terkesan dengan penderitaan . Yang berniaga terduduk jatuh kerugian . Apa logik penawar taubat dengan virus ? susah nak diterima akal , tapi itulah jawapan nya . Tuhan nak kita bermunajat , dekat dan terus dekat . Nampak mudah , tapi berat .
Hentikan segera acara maksiat . Ajak lah manusia untuk duduk menghadap kiblat . Tuhan tak pernah tidur . Teruskan berdoa . Merintih ketakutan hanya pada Allah Swt . Ingatlah Sabda Rasulullah Saw , semua penyakit dan racun ada ubat nya . Bertawakal kita . Sedia , usaha , redha menghadapi sebarang kemungkinan .
Ya Allah ! Peliharalah kami !
Ya Allah ! Ampunkan kami !
Berkat Jumaat penghulu segala hari , maka turunkan segera ubat dan penawar bagi racun Covid 19 ini !
Ya Allah ! Makbulkan doa kami !
sumber : PU Amin
Terlalu Nak Sempurna, Ramai Suami Isteri Lupa Nak Buat 6 Perkara Ini. Deep!
Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais