Shah Rukh Khan Tunai Umrah Pertama Kali, Ramai Peminat Meluahkan Rasa Syukur

Share

Bintang mega Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak kelmarin.

Gambar serta video aktor berusia 57 tahun itu di berada Mekah lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi telah tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat SRK turut memakai pelitup muka namun ramai dikalangan jemaah lain yang berada di situ tetap mengenalinya.

Menurut Hindustan Times, pelakon tersebut terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi.

Dunki merupakan kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani yang berkisar cubaan memasuki negara lain secara haram.

Sementara itu, berdasarkan perancangan, usai ibadah itu, ayah kepada tiga anak ini akan menyertai pula Festival Filem Red Sea di Jeddah.

Berita tular berkenaan selebriti tersohor dunia itu mengerjakan umrah nyata mencetuskan pelbagai komen positif khalayak.

Malah sebahagian besar netizen mendoakan agar urusan ibadah SRK dilancarkan.

“Saya merasa terlalu emosional pada saat ini. Semoga Allah menjaga dia dan keluarganya,” tulis seorang netizen.

“Gembira sekali melihat dia (SRK) memenuhi keinginan mengunjungi tempat suci ini,” kata seorang peminat lain.

Menyelak sejarah hidupnya, bintang Kuch Kuch Hota Hai merupakan seorang lelaki Muslim dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama Hindu, Gauri Khan.

Perkahwinan yang didirikan pada tahun 1991 itu dikurniakan tiga cahaya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.

Terdahulu menerusi satu wawancara dia meluahkan keinginan mahu menunaikan ibadah haji bersama bersama anak-anaknya.

“Pergi haji pasti ada dalam agenda saya. Saya ingin ke sana bersama anak lelaki saya, Aryan dan puteri saya, Suhana,” kongsinya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

 

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club