Selesai haji baru update, fokus buat ibadah, warga maya puji cara Amy Mastura. Ibadah haji adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan sekali seumur hidup.
Selesai Haji Baru Update, Fokus Buat Ibadah, Warga Maya Puji Cara Amy Mastura
Perjalanan ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga perjalanan rohani yang memerlukan keikhlasan, kesabaran, dan fokus yang penuh kepada Allah SWT.
Melalui satu hantaran dilaman Instagramnya, penyanyi, pelakon, dan pengacara, Amy Mastura telah berkongsi tentang dirinya yang menunaikan haji bersama keluarga.
Assalamualaikum salam Jumaat semua, alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima. Semoga allah menerima ibadah ini. Akak minta maaf akak tak update apa-apa masa akak di Mekah.
Akak nak ambik kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas Eiman travel terutama ustaz Zawawi, ustaz Zulkifli, ustaz Wahairi, ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.
Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua. Akak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat akak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah SWT serta direzekilan untuk umrah atau haji nanti. Insya Allah, ” tulisnya diruangan kapsyen.
Lain orang lain cara dalam membahagiakan yang tersayang, terutamanya ibu yang melahirkan. Mungkin bagi yang berkemampuan, pemberian dari sudut kebendaan menjadi pilihan.
Namun, sebenarnya bukan kekayaan menjadi ukuran, ianya tidak boleh diukur dengan pengorbanan mereka menjaga kita sedari kecil. Malah, orang tua kita juga tidak mengharapkan semua itu, yang nyata hanya doa yang diharapkan untuk menjadi bekalan mereka di akhirat kelak.
Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir telah memberi kejutan kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan seutas rantai leher yang bernilai RM120,000. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Anzalna di laman Tiktok miliknya di mana ketika itu dia bersama keluarganya hadir di sebuah kedai emas terkemuka dan meluahkan hasrat mahu membeli rantai tersebut untuk ibu tersayang.
Malah, di penghujung perkongsian tersebut jelas kelihatan ibu Anzalna mengenakan rantai tersebut sehingga mengeluarkan air mata gembira kerana gagal menahan sebak.
Rantai yang dibeli oleh Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir itu difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat.
Meninjau di ruangan komen, kejutan yang dibuat oleh Anzalna buat ibu tersayang itu telah membuat orang ramai sebak kerana sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi membahagiakan hati insan tersayang.
Ada juga di antara mereka mendoakan yang terbaik buat Anzalna dan menyatakan hasrat mereka supaya suatu hari nanti mereka juga berpeluang untuk membuat perkara yang sama buat bonda mereka sebagai tanda membalas jasa.
Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa. Namun tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat.
Lantaran itu, pastikan tubuh anak terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna ibu bapa perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.
Kewajipan berpuasa adalah kepada muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak mulai usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan anak puasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada anak-anak, sesuai dengan fitrahnya bertahap-tahap.
Ikuti panduan ini.
Tempoh puasa
Mulakan dengan beberapa jam, mungkin 2-3 jam, kemudian separuh hari, berbuka ketika zohor, kemudian asar dan sehinggalah anak berlatih mampu menahan dirinya tidak makan seperti mana orang dewasa sehingga maghrib.
Bangun awal sahur
Begitu juga dalam amalan bersahur, kejut dan didik untuk bangun awal. Sekiranya belum baik, benarkan untuk bersarapan dan terus dorong untuk puasa semampunya.
Sokongan
Sokongan dan dorongan secara lembut hendaklah seiring dengan latihan ibadah puasa yang diterapkan. Aspek emosi, perasaan anak dan empati ketika mereka melalui fasa sukar berpuasa mestilah dikomunikasikan. Ini penting agar anak tidak melihat ia sebagai latihan yang menderitakan dan tidak manusiawi. Gambarkan dan sampaikan kepedulian pada anak melalui sentuhan, dan kata-kata yang mengiyakan.
Kesihatan anak
Perhatikan kesihatan anak. Anak yang tidak sihat jangan diminta berpuasa. Anak yang pucat, lesu bergolek menahan sakit perutnya jangan diminta bertahan untuk berpuasa.
Mindset masyarakat anak harus berpuasa penuh bermula 6 tahun atau lebih muda sesungguhnya memberatkan kanak-kanak. Ini terlihat dengan kata-kata yang diusahakan dalam perbualan masyarakat secara lazim, “puasa penuh tak”, ” Mesti puasa penuh, dapat seringgit sehari”, atau “tahanlah sikit lagi, sayanglah kalau berbuka dah dekat nak buka” sedangkan anak bergolek pucat menahan kelaparan. Banyak lagi contoh komunikasi yang menggambarkan mindset begini.
Anak yang terlatih dengan ibadah solat akan membaiki ibadah puasa, dengan bimbingan orang tuanya dan ia mengambil masa sesuai dengan usianya untuk di tarbiyah begitu. Pendidikan solat harus tidak bermusim, bermula dari kecil sepanjang masa dan terlihat pada diri ibu bapa dan anak-anak.
Jadikan Ramadan bulan yang seronok
Gambaran terhadap bulan Ramadan juga perlu diolah agar memberi keseronokan buat kanak-kanak. Raikan kedatangan Ramadan itu seperti menyambut kedatangan Hari Raya.
Hidupkan keseronokan berbuat baik dengan memberi perhatian kepada semua amalan baik yang perlu dihidupkan setiap hari, dan tambahkan dengan aktiviti seiring dengan objektif amalan baik yang mahu diterap. Promosikan semua kebaikan seperti kutip sampah, senyum, berkongsi, bantu ibu ayah, kemas peralatan, membaca buku, bermain dengan baik dan pelbagai lagi, tidak marah dan tidak bergaduh.
Jadikan Ramadan sebagai bulan yang membawa kebaikan sebenar-benarnya, sehingga dapat dirasai sang anak kecil. Kebaikan kepada masyarakat, jiran, suami isteri, anak-anak, dan kebaikan terhadap diri sendiri.
Begitu juga Ramadan dihidupkan sebagai bulan pesta ibadah. Ramadan sebagai satu pesta kemasyarakatan. Masyarakat sering bertemu, bersama, berbuat baik, menyatu dalam ketaatan kepada Allah. Libatkan anak-anak dalam ibadah solat, utamakan kepada solat fardhu, solat terawikh istimewa Ramadan dan solat sunat lainnya.
Kenalkan amalan semasa berpuasa
Perkenalkan mereka dengan masjid ketika iftar jamaie, solat jemaah, dan iktikaf. Kongsikan keistimewaan masjid sebagai rumah Allah. Keistimewaan tetamu Allah. Begitu juga Al Quran, lazimi al Quran setiap hari dengan anak di bulan Ramadan, semoga ia kekal bersama keluarga selepas Ramadan. Jadikan ia acara keluarga, bukan kita seorang diri sahaja yang mahu khatam Al-Qur’an tetapi bawa keluarga kita bersama.
Sedekah juga harus dilazimi setiap hari agar amalan ini terpahat dalam amalan anak-anak secara semulajadi. Bangkitkan kepedulian kepada umat Islam yang susah kerana miskin dan kerana penindasan peperangan. Bawa berjumpa keluarga yang sempit hidupnya agar anak-anak terbuka minda melihat sesuatu yang membina keinsafan dan kematangan mereka kerana anak-anak terbatas kefahaman mereka, mereka dapat memahami apa yang dapat ditanggapi (dilihat) dengan mata mereka sahaja.
Meskipun mereka mungkin terbatas dalam memahami puasa dan belum sempurna latihan puasa mereka, jangan ditinggalkan pengajaran lain yang boleh disuburkan Ramadan ini. Hidupkan kebaikan dan ibadah Ramadan selari dengan latihan berpuasa.
Buat aktiviti mengenai bulan Ramadan
Meraikan fitrah anak juga, semua pengajaran, isi, content yang ingin ditarbiyahkan itu mestilah dilihat sebagai seronok, dan ada aplikasinya. Bukan sekadar kata-kata. Maka setiap hari perlu dibuat aktiviti sokongan mengenai fokus pengajaran pada hari tersebut. Aktiviti sokongan akan membantu kefahaman anak tentang sesuatu objektif pengajaran. Ia boleh berbentuk kraf, story telling, lakonan, video, lawatan, penghasilan buku skrap dan banyak lagi idea kreatif.
Aktiviti boleh menggunakan pelbagai produk sokongan Ramadan yang ada atau ibu bapa boleh DIY sendiri. Malah setiap aktiviti ini dapat diolah menjadi penulisan berbentuk 3M (membaca, menulis, mengira). Perancangan yang baik akan membantu ibu bapa.
Jadual Ramadan
Apabila cuti persekolahan mengambil 10 hari dari Ramadan tahun ini, buatlah jadual harian yang akan membantu perjalanan anak-anak bersama ibu bapa di rumah. Ada 3 kategori jadual Ramadan. Jadual utk hari anak bercuti tetapi ibu ayah bekerja, jadual Ramadan di hujung minggu dan Jadual Ramadan ketika hari persekolahan.
Persiapan rapi amat membantu semua keluarga menghadapi Ramadan. Berbeza dengan apabila kita belum ada tanggungjawab keluarga, semoga Allah memudahkan jalan hambaNya yang berusaha. Semoga Allah menemukan kita dengan Ramadan.
Memiliki mentua baik bukanlah diukir daripada pemberian hadiah mahupun Wang ringgit, sebaliknya bagaimana menerima menantu seadanya.
Namun,kalau dapat jenis yang jenis tidak berkira dan tahu menghargai menantu, Itu adalah bonus.
Demikian juga dengan perkongsian yang tular Di media sosial, seorang wanita menghadiahkan koleksi gelang emas untuk setiap anak perempuan termasuk menantu kesayangannya.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaun Facebook sebuah kedai emas di Kuching, Sarawak berkongsi gambar wanita yang dikenali sebagai Saliah Sonong itu ketika ‘memborong’ gelang emas berkenaan.
Mak mentua idaman. Beli untuk semua anak menantu,” tulis saliah Sonong di kapsyen ,
Posting itu memperlihatkan Saliah yang juga seorang guru menunjukkan isyarat ‘bagus’ selepas selesai membeli lima utas gelang emas yang sudah diletakkan dalam kotak aksesori.
Rata-rata warganet terutama golongan wanita meluahkan rasa teruja dan tumpang gembira dengan rezeki diterima anak menantu Saliah.
Bahkan mereka menyifatkan Saliah adalah mentua idaman kerana memberikan layanan sama rata terhadap menantu seperti anaknya sendiri
Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir individu berseloroh kononnya mahu menjadi menantu kepada wanita berkenaan sekiranya masih mempunyai anak bujang yang belum berkahwin.
Ibu kanak-kanak dua beradik termakan keropok ada racun tikus rayu doakan anak kembali sembuh. Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar, Kulim, Kedah.