Setitik Minyak Pun Tak Guna, Tapi Ayam Goreng Jadi Sedap & Rangup Guna Air Fryer! Wanita Ini Kongsi Resipinya

Share

Sejak kenaikan harga barang terutamanya minyak, ramai yang mengubah menu dan cara masakan untuk lebih jimat. Lebih-lebih lagi dalam penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng, ditukarkan teknik yang lebih jimat tanpa sebarang minyak dan lebih menjimatkan masa tanpa perlu dipantau khuatiri hangit. Teknik apa lagi kalau bukan ubah kepada penggunaan air fryer.

Jika sebelum ini ramai yang kata masak guna air fryer ni tak kena dengan selera sebab kering. Haa apa kata try test tengok resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ni! Ayam goreng resipi ni tetap garing dan sedap tanpa setitik minyak. Hebat kan? Jom tengok cara nak buatnya!

 

Resipi Ayam Goreng Air Fryer

Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.

Cara-caranya : 

1. Basuh bersih ayam.

2. Lumurkan ayam dengan:

– bawang putih (tumbuk lumat)
– sedikit halia (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit serbuk
– garam

3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.

– suhu 180 darjah
– masa 15 minit
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

4. Siap dan boleh dihidangkan.

Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.

Sumber: Facebook Tsu Feh Sufiah