Baru memuat naik kisah bapa mentuanya semalam yang mempunyai masalah kesihatan, Adam Corrie Lee petang semalam memberitahu ayah mentuanya itu sudah kembali kerahmatullah.
Berita tersebut dikongsikan oleh Adam Corrie menerusi sekeping gambar bersama mentuanya dengan catatan tersebut:
Setiap yang hidup pasti mati.
Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni.
Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,”Tulis Adam.
Sebelum ini Adam memberitahu bapa mentuanya itu mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan dia menjalani rawatan dialisis sejak 7 tahun lalu.
“Ini abah (bapa mertua) kesayangan saya…selain mendiang ayah saya. . Abah dah jalani rawatan Dialisis selama 7 tahun.
Ads
“Sekarang rawatan dialisis sudah dihentikan kerana badan abah tak boleh terima lagi. Berat badan abah sekarang 37kg. Tiada daging. Hanya kulit membalut tulang. ☹️
“Doakan kesihatan abah (bapa mertua) saya dan dipermudahkan segala urusannya. Dan doakan kami sekeluarga kuat utk terima kemungkinan yang mendatang.
“Mendiang ayah sy dah meninggal 9 tahun lalu kerana kanser hidung.
Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.
Netizen turut menghulurkan salam takziah dan meminta semoga keluarga Adam Corrie dan isteri supaya tabah dengan dugaan tersebut.
diejazaifInnalillah.. takziah abang @adamcorrielee skeluarga.. bru je pgi tdi bce post abang psal arwah.. smoga arwah ditempatkan dlm golongan org2 beriman.. al-fatihah
__eanlee Innalilahi wa innalilahi rojiun. Tumpang berduka atas pemergian ayah mertua tuan. ?
abdulranibmail Takziah. Mudahan Allah merahmatinya.. Tanggungjawab Seorang anak (isteri Adam) masih ada iaitu sentiasa doakan ayahnya.
sitizaitonsalim salam takziah ye..moga tabah..dlm meghadapi kehilangn insan yg trsayang..
rokiah163gmail.com1 Innalilahiwainnailaihirojiun..Alfatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org2 yg beriman
abadi.kaseh salam takziah wt flmy abg adam.smga arwah bpak mertua abg adam di tmptkan org2 yg beriman¶ solehin..alfatiha
Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jarang kedengaran cerita tentang menantu lelaki dan mentua bergaduh. Biasanya yang menimbulkan masalah adalah ‘perang’ antara menantu perempuan dan ibu mentua.
Mungkin kerana sikap lelaki yang tidak mengambil kisah membuatkan hubungan itu menjadi mudah. Namun tidak bermakna suami boleh lepas tangan dan tidak mahu mengambil ‘port’ terutama apabila bersama keluarga mentua.
Kasihan isteri, mungkin ada yang jenis memendam tidak mahu bersuara kerana menjaga hati suami, akibatnya makan dalam. Itu belum bab kena sindir dengan ahli keluarga dek sikap suami tersebut.
Justeru, buat suami sekalian, apabila anda berkahwin dengan seseorang wanita , secara automatik, keluarganya menjadi keluarga anda. Jika isteri boleh menyesuaikan diri dengan keluarga anda, kena anda tidak mahu berbuat hal sama dengan keluarganya kan?
Ini antara tip menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua oleh Akhtar Syamir.
Menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua.
Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mentua.
Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.
Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.
Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.
Utamakan isteri ketika bersama keluarga
Pertama, apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.
Pergaulan baik dengan keluarga mentua
Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mentua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.
Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.
Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.
Tonjolkan kemesraan dengan isteri
Ketiga, menonjolkan kemesraan dengan isteri. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.
Cantikkan isteri
Keempat, dari segi fizikal isteri. Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.
Bawa berbincang dengan isteri
Kelima, jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.
Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.
Isteri menghargai
Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?
Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Curang dalam rumahtangga adalah satu ujian. Namun bagi penyanyi, Alyah, dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara.
Bahkan kata Alyah lagi, sepanjang lebih 10 tahun berkahwin dengan suaminya, Datuk Ramli MS, dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit suaminya.
Bagi Alyah, semuanya diserahkan kepada Allah SWT selain tidak pernah putus doa mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan rumahtangganya.
“Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada,” katanya berkongsi.
Amalkan surah Al-Fatihah & Ayat Kursi
Tidak hanya berserah, namun kata pelantun lagi Kisah Hati ini lagi, dia turut mengamalkan ayat Kursi dan al-Fatihah sebelum mereka keluar bekerja.
“Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk dia.
“Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu. Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya.
“Saya juga memang tak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu,” ujarnya.
Meskipun suaminya sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita, Alyah percaya doa dan amalan serta aturan Allah adalah yang terbaik malah amat bersyukur rumah tangganya tidak berdepan dengan masalah.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.