Kepada encik suami jangan buat main bila isteri bercakap panjang lebar. Ia sebenarnya itulah punca rezeki buat keluarga kerana celoteh isteri itu buat otak suami jadi bergeliga. Ada keberkatan di situ. Apabila suami mendengar dengan berlapang dada. Perkongsian dilaman facebook Mohd Fhais sungguh inspirasi buat kebahagiaan keluarga.
_____________________________________________
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak !
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu..
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu rezeki..
Mohd Fhais
Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.
p/s : Kongsikan supaya lebih ramai lelaki yang tahu menghargai wanita kuat cakap..