Setiap Pasangan Suami Isteri Wajib Tahu 27 Rahsia Perkahwinan Bahagia Ini. Sungguh Bermanfaat!

Share

Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apaun asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran  dan kesetian pasangan serta menerima seadanya pasangan.

Moga  27 tip mudah ini menjadi panduan dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.

  1. Sentiasa kemas dan bersih
  2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat
  3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami
  4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya
  5. Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati
  6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking
  7. Apabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab
  8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami
  9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau
  10. Jangan lengah dan cepatlah bertindak pabila suami berhajat sesuatu
  11. Dahulukan kehendak suami dari anak-anak
  12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau
  13. Minta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna
  14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun
  15. Masak hidangan kegemaran suami
  16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta
  17. Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan
  18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami
  19. Potong kuku suami pabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat
  20. cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya
  21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami seperti gaduh dgn jiran atau menambah hutang tanpa berbincang
  22. Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak
  23. Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya
  24. Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur
  25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri
  26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan
  27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami

Sumber: dakcaii.blogspot.com