Kekeluargaan

“Setiap Orang Berhak Bahagia..” Ina Naim Berkongsi Mengapa Memilih Untuk Berkahwin

Share

Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.

Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.

Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.

Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.

“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.

“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.

 

@chuarekarimjer Tahniah Ina Naim dan pasangan . In shaa Allah SS dah tenang dan bahagia dia Sana . Ina perlukan pembimbing utk jaga anak2 dan diri ina jugak ♥️ #inanaim #suhaimisaad ♬ original sound – Chuarefaizol

Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.

 

“Setiap Orang Berhak Bahagia”

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.

“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..”
“Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin”
“Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”

Sumber: Tik Tok