Tabiat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendoa dan memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati sebelum tidur dikongsi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sim Tze Tzin.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
“Itu ajaran bekas ‘boss’ saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang.
“Semoga ‘boss’ reda di sana. Al-Fatihah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Terdahulu, Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.
@keluarga.my Jangan biarkan kata-kata orang lain membuatkan kita down dan berputus asa dalam nak mencapai impian. #keluarga #majalahkeluarga #fimiedon #irfanharis #quoteoftheday ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA
Sumber : Astro Awani, Twitter @Simtzetzin