Kekalkan kebahagiaan dalam hubungan suami Isteri perlu usaha untuk kekal hidup harmoni.
Andai ada kelemahan atau kekurangan pasangan, usah itu dijadikan ‘bahan’ untuk dikongsikan dengan orang lain.
Sebaliknya hal rumah tangga biarlah menjadi rahsia dan jadikan ia sebagai asam garam membina cinta.
Umpamanya mengambil contoh ringkas situasi bila isteri terlupa gosok baju suami yang dikongsikan ini.
Kita ambil pengajarannya.
Walaupun isteri kita terlupa nak gosok baju kita dulu, janganlah keluar dengan baju yang kedut seribu.
Singgah jap ke bilik menggosok, on kan iron kadar sederhana, letakkan baju dan seluar lalu gosoklah 5 minit je.
“Awak, teruknya baju. Isteri tak gosok ke?”
Tanya kawan pejabat sinis.
“Itulah bini aku. Sibuk je. Sampai baju pun lupa gosok. Seminggu lupe tuu”
Jawab kita bangga.
“Kesian kan awak. Kalau saya jadi isteri awak, hari-hari saya gosok baju awak tau”
Nakal!
Kita jadikan kelemahan sebagai bahan cerita.
Kita aibkan dan sebarkan kekurangan.
“Wah, hari-hari smart. Rajinnya bini awak ek jaga awak”
Sapa rakan ofis.
“Alhamdulilah, dia isteri yang sangat baik”
Jawab kita penuh yakin.
Walaupun seminggu ni kita lah yang basuh dan gosok baju sendiri.
Itulah rumahtangga.
Setiap kelemahan dan kekurangan kita jadikan ia cinta.
Sumber : Abu Hurairah Asifa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Keluargagader club
Artikel menarik : Dapatkan 2 Rumah Idaman, Suami Isteri Ni Kongsi Cerita Dan Jadikan Inspirasi
Juga boleh baca tentang Tips Suami Romantis