Setiap Jumaat Taukeh Kedai Makan Ini Tidak Terima Bayaran, Hanya Sedia Kotak Derma Sahaja.

Share

Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah.

Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Perbuatan bersedekah ini juga sangat dituntut dalam Islam sekiranya mampu.

Malah hari Jumaat penghulu segala hari ini. Pahala sekiranya berbuat amal pada hari ini akan dilipat gandakan.

Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @khairul_hafidz ini, membuktikan bahawa sedekah itu membuka jalan dan pintu rezeki lebih banyak.

“Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk.”

“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu,” ujar tuan kedai tersebut.

Dia terus tergamam dengan sikap mulia tuan kedai itu. Di samping itu, dia juga turut mendoakan agar tuan kedai tersebut sentiasa beroleh rezeki kerana telah menunjukkan sifat yang murni itu.

 

 

 

Dalam pada itu warganet memuji cara pemilik kedai itu yang bersikap suka bersedekah kepada pelangganya.

Sumber: (@khairul_hafidz