“Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim.
Setelah beberapa minggu jauh dari pangkuan keluarga akibat diculik, semalam Rosnazirah atau lebih dikenali sebagai Azi selamat diserahkan kepada keluarganya.
Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.
“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.
“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.
“Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.
Ads
Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.
Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.
“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas.
Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.
“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.
Ads
“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.
Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama menantikan kehadiran anak perempuan kedua, akhirnya impian penyanyi dan komposer, Harry Khalifah tercapai apabila isterinya iaitu Noormala selamat melahirkan cahaya mata kelapan baru-baru ini.
Mesra disapa Apak, 41, dia melahirkan rasa gembira dan bersyukur proses kelahiran anaknya dipermudahkan.
Malah, Harry juga berkata, ini merupakan pengalaman pertama dia menemani isterinya di bilik bersalin.
Noormala melahirkan bayi seberat 3.13 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kira-kira pukul 9 pagi.
“Alhamdulillah syukur! Selepas lama menanti akhirnya saya dapat anak perempuan kedua. Proses kelahiran dipermudahkan, isteri masuk bilik bersalin kira-kira pukul 6 pagi dan melahirkan anak kami tiga jam kemudiannya.
“Biasalah orang dah berpengalaman cumanya selama ni tujuh orang anak yang lain saya tak ada di sisi dia, tapi hari ini saya dapat teman isteri duduk tepi tengok anak keluar.
“Satu pengalaman baharu untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana… rasa sedih, terharu dan gembira semua ada. Memang best dapat tengok kelahiran secara live tapi takut-takut tu ada la juga.
“Walaupun tak tidur sehari kerana sibuk di studio,kemudian pagi terus ke hospital tapi rasa sangat seronok. Alhamdulillah,” katanya menerusi temubual bersama mStar.
Selepas 10 hari bersalin, pelakon Mia Ahmad akhirnya mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum. Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, memilih nama Iris untuk diberikan kepada bayi perempuannya yang lahir pada 18 Jun lalu. “Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Seronok melihat pelbagai gelagat anak-anak kecil bersekolah. Sebagai ibu bapa tentu kita teruja untuk mengetahui apa yang anak belajar setiap hari di sekolah.
Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanyakan perkembangan anak tentang pelajaran mereka.
Dengan kata lain sambil membina bonding antara ibu bapa dan anak, ia juga dapat membantu anak untuk mengingat kembali apa yang dipelajari di sekolah.
Perkongsian video dari akaun TikTok @kumikakufaizul, kanak-kanak yang terkenal petah bercakap dan berpantun yang dimuat naik oleh ayahnya menarik perhatian warganet.
Kepetahan Ku Mika Ku Faizul membuat penjelasan tentang tajuk Kata Seru subjek Bahasa Melayu memang sangat mengagumkan.
Bukan sahaja mampu membuat penjelasan setiap maksud kata seru yang diajar oleh gurunya, Ku Mika juga siap bagi contoh ayat bagi setiap kata seru tersebut.
Fokus 100% Waktu Cikgu Mengajar
Ternyata si kecil ini benar-benar fokus semasa proses pembelajaran dalam kelas sehingga dia boleh mengingat dan menjelaskan kembali apa yang diajar oleh gurunya. Syabas, Ku Mika!
Gelagat Ku Mika memberi penjelasan pelajaran Kata Seru kepada ayahnya menarik perhatian warganet yang rata-rata kagum dan memberi pujian kepadanya.
Bahkan salah seorang yang meninggalkan komen juga merupakan guru Bahasa Melayu yang terus memberikan Ku Mika markah penuh TP6 kerana faham dengan apa yang diajar dan boleh menerangkan semula kepada orang lain dengan lengkap.
Nampaknya bukan murid sebaya Mika sahaja yang boleh faham dengan penjelasannya tetapi ramai juga dari kalangan makcik-makcik yang turut meninggalkan komen lebih faham tentang penggunaan kata seru bila dengar penjelasan Mika.
Tarik Perhatian Kaunselor Bertauliah
Video tersebut turut menarik perhatian seorang kaunselor bertauliah, Dr Zulkifli Hussain yang turut banyak berkongsi penulisan di media sosial.
Beliau menyatakan kekaguman dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ku Mika untuk mengingat kembali apa yang diajar oleh gurunya.
Kagum dengan rakaman video ini ; 1) Kagum dengan kemampuan anak ini kerana mampu mengingat isi pembelajaran. Tak semua anak diberi kelebihan seperti ini.
2) Kagum dengan kepetahan anak ini berkongsi isi pembelajaran kelas Bahasa Melayu.
3) Kagum dengan didikan ibu bapa anak ini.
4) Terpaling kagum dengan cikgu BM yang mengajar anak ini. Saya boleh bayang kesungguhan cikgu ini merancang sesi pembelajaran sehingga pelajar mampu simpan isi pengajaran dalam ingatan jangka masa panjang.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI