Setiap Hari Naik Tangga Ke 11 Block Flat 5 Tingkat Buat Jualan. Adik Shahmi Tak Kisah & Tak Malu Demi Ibu.

Share

Setiap Hari Naik Tangga Ke 11 Block Flat 5 Tingkat Buat Jualan, Adik Shahmi Tak Kisah & Tak Malu Demi Ibu.

Ni adik Shahmi. Baru 15 tahun. Dia anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil. Dari umur 10 tahun bantu ibu, setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis. “

Ketika rakan sebayanya sedang leka dengan gajet dan berseronok, namun sebaliknya buat  adik Shahmi yang menggalas tanggungjawab untuk membantu ibunya mencari rezeki.

Remaja ini yang bercita-cita menjadi doktor ini  tidak pernah culas membantu ibunya sejak usia 10 tahun lagi!

Kegigihan anak yatim ini memastikan jualannya habis setiap hari telah meraih perhatian ramai. Perkongsian yang dikongsi oleh FS Channel membuatkan wargamaya mengalir air mata.

Sesungguhnya kala merasakan kita susah sebenarnya ada insan lain juga struggle untuk meneruskan kehidupannya.

Nyata kesungguhan adik Shahmi harus menjadi teladan yang  membantu ibunya setiap hari tanpa jemu. Sikap remaja yang harus dicontohi di kala ramai genarasi muda hari ini semakin hilang jati diri.

Ikuti perkongsian berikut:

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
SEJAK USIA 10 TAHUN ANAK YATIN YANG GIGIH  DAN TAK MALU TOLONG IBU

 

Ni adik Shahmi. Baru 15 tahun. Dia anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil. 

Dari umur 10 tahun bantu ibu, setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis.

Letih sangat bila ikut adik ni bagi orang. Macam mana lah dia boleh naik tangga hari-hari. Adik ni akan jerit kuat-kuat ” nasi lemak ” bila sampai setiap tingkat.

NASI LEMAK MURAH RM1 SEBUNGKUS

RM1 je sebungkus dan sambal nasi lemak dia sangat sedap. Makan satu mesti nak lagi.

Adik ni banyak kali ucap terima kasih bantu dia dan bagi dia hadiah.

Adik Shahmi cakap jom lah support dia niaga berdekatan kawasan flat Taman Bukit Angsana Cheras. Confirm puas hati.

Yang berdekatan dan tinggal di kawasan tu kalau dengar adik Shahmi jerit “nasi lemak” cepat-cepat buka pintu beli..

KELUARGA: Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.

Sumber: FS Channel 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club