Hati mana yang tak hancur jiwa mana yang tak merana, 10 tahun penantian mendapatkan zuriat, namun takdir ilahi tiada siapa mampu menduga.
Pasangan ini hanya mengecap bahagia bergelar ibu dan ayah hanya seketika apabila si kecil pergi buat selama-lamanya.
Bagi vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazirah Muhammad tiada kata mampu diungkapkan selain reda. Cahaya mata sulung diberi nama Khairul Afnan itu meninggal dunia di pangkuan ibunya.
Di dalam perkongsian terbarunya di Instagram (IG), Azmi berkongsi mengenai perkembangan isterinya.Dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya itu.
“Hari ini hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan dunia dan akhirat.
Azmi juga mengakui, isterinya sehingga kini masih belum dapat melupakan pemergian anak sulung mereka. Bahkan hampir setiap hari dia menangis kerana merindukan Afnan.
“Hari ini genap sebulan arwah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaanya masih baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
Justeru, Azmi atau nama Sebenarnya, Khairul Azmi memohon orang ramai di Instagram menitipkan kata-kata semangat buat isterinya untuk terus kuat untuk menjalani kehidupan tanpa anak sulung mereka.
“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad.
View this post on Instagram
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club