Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. Salah satunya kita semua digalakkan membaca Al Quran. Malah bagi yang berkemampuan untuk khatam, itu adalah lebih baik.
Untuk makluman, pelakon cantik Nora Danish sebelum ini berjaya khatam Al-Quran buat pertama kalinya pada tahun lalu pada 10 malam terakhir Ramadan. Terbaru menerusi Instagram pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada 2005 kembali mengimbau detik beliau terbuka hati untuk khatam Al-Quran.
Menurut Nora Danish, niat untuk khatam Al-Quran pertamanya adalah untuk sedekah kepada arwah ayahnya yang telah meninggal dunia.
Sebak dengan perkongsian pelakon drama Mak Cun, moga jadi iktibar.
Nora dulu masa sekolah rendah dah belajar di sekolah agama. tapi dua tahun je atas sebab tertentu.
Bila nak niat di hati nak khatam Al-Quran awal. Tapi masa kanak-kanak sikap sambil lewa. Ingat lagi bila ustaz datang, tapi kata tak ada di rumah, tulah yang tak khatam.
MULA TERDETIK
Jadi hari demi hari dan lepas kahwin bila tengok orang khatam, rasa macam bila-bila turn Nora ni, bila ni Ya Allah. Tapi masa tak ada. Sibuk dengan shoting. Jadi alasan pula untuk tak nak khatam.
NIAT KHATAM AL-QURAN UNTUK ARWAH PAPA
Last year terbuka niat sebab arwah papa dah meninggal. Nora tak rapat dengan ayah, sebab pada umur 2 tahun dah ke US untuk kerja. Jadi tak ada pengalaman bersama dengan papa.
Bila terniat , rasa rindu sangat dengan papa, ok tak papa ke alam lain. Juga PKP juga ada hikmah. Itulah masa untuk Nora belajar dengan pen elektronik, ikut-ikut. Itu lah alhamdulillah macam terbuka hati.
ALLAH KABUL DOA
Bangun tidur pun nak buka Al-Quran. Macama terlalu excited nak baca quran. bermula dengan 1 hari 5 muka surat, kemudian 10 muka surat hingga jadi 20 muka surat.
Suami tengok nora , keluar je kat ruang tamu tengok baca Al-Quran. Nora pun pasang niat nak khatam ni untuk arwah papa.
Mungkin Allah kabulkan niat Nora untuk sedekah kan buat arwah papa. Jadi dibukakan hati untul khatam sepenuh jiwa dan raga.
Alhamdulillah rezeki.
HASRAT BERHIJAB
Walaupun kita tak sempurna , tapi Allah akan dengar doa kita kalau betul-betul ikhlas dari hati. Nora belajar untuk tidak judge orang dan berharap orang pun tak judge Nora. Walaupun Nora tak berhijab tapi Allah maha pengampun. InsyaAllah suatu hari nanti dengan doa semua, ibu nora, suami dan semua.
InsyAllah. Siapa yang tak nak jadi hambanya yang sempurnakan kan. Doakan!
Meninjaun di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan inspirasi cara semangat Nora untuk khatam Al-Quran.
Sumber: Instagram noradanish