“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip Doa

Share

Biarpun telah dua kali me­ngalami keguguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.

Keinginannya untuk menambah ahli keluarga itu diungkapkan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.

“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip Doa“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip DoaLuah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.

Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zuriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.

Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.

Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.

Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wa­nita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak pe­rempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.

Sumber: Kosmo

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

ARTIKEL POPULAR: Cara Mudah Bersihkan Bantal Kotor & Berbau Dengan 3 Bahan Ni. Bantal Kembali Bersih,  Bau Pun Hilang!