Apabila akad nikah dibacakan, bermulah kehidupan baru apabila melangkah ke alam perkahwinan.
Gelaran sebagai suami isteri bermakna sedia berkongsi susah senang bersama. Namun, ada pasangan yang dilanda badai alam perkahwinan sama ada masalah kewangan, masalah kesihatan atau segalan kesusahan tanpa diduga.
Kala ini, setia seorang pasangan pasti menguji. Jika sebelum ni hidup penuh nikmat dan kesenangan, tetapi kini hidup sebaliknya.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang isteri mengenai erti KESETIAAN sebuah perkahwinan ketika DILANDA KEPAHITAN dalam hidup.
Ikuti perkongsian ini.
Ada satu pasangan. Nikah suka sama suka.Takdir Allah suami eksiden. Disahkan OKU.Kepala jadi teleng.Cakap pun tergagap-gagap.Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Satu pasangan lagi, isteri cikgu manakala suami kontraktor.Hidup senang lenang dan bahagia. Ada 2 orang anak.Takdir Allah, si suami tiba-tiba jatuh sakit. Terpaksa berkerusi roda.Tak lama lepastu, kaki suami pula dipotong.Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Saya tak mahu cerita ‘kisah disebalik kisah’ kerana saya yakin dan percaya setiap orang ada alasan tersendiri di sebalik setiap keputusan. Cuma yg mahu saya kongsikan adalah trend terkini, meninggalkan pasangan ketika menghadapi ujian.Nauzubillahhiminzalik.
Sekadar berkongsi kisah.
UJIAN KESIHATAN
Saya pernah diuji dgn ujian kesihatan yang berat. Badan seakan separa lumpuh. Mandi berdukung.Jalan berpapah.Berat turun mendadak.Siapa orang kuat yg berada disisi saya selain keluarga? Itu. Lelaki yang duduk disebelah saya.
Cukup tabah dan sabar melayan kerenah, emosi dan tahap meroyan saya yg sangat serius.Tak ada hari yang dia pernah angkat suara apalagi angkat tangan pada saya walaupun pada ketika itu dia boleh membuat pilihan samada meninggalkan atau kekal setia.
SUAMI MEMILIH SETIA
Tapi suami memilih untuk setia.Baginya saya adalah amanah yang perlu dia galas pada saat dia menikahi saya kerana dia sedari awal menerima saya apa adanya, bukan ada apanya.Katanya lagi, hatta suatu hari Allah takdirkan saya cacat sekalipun,dia akan jaga saya sampai hujung nyawa. Itu “ikrar” suami sewaktu sihatnya pada saya.
Ikhtiar demi ikhtiar, dengan izin Allah, akhirnya saya pulih sepenuhnya. Beberapa tahun berlalu, Allah takdirkan lelaki ini pula diuji tapi ujian ini perlu ditanggungnya SEUMUR HIDUP.
Setelah semua pengorbanan dilakukan, adakah saya mempunyai sebab untuk meninggalkan lelaki ini pada saat dia telah menyempurnakan kehidupan saya sebagai seorang isteri tanpa cacat cela pada waktu dia mempunyai daya dan upaya?
Semoga Allah menerima kesaksian saya tentang lelaki ini dan tak kira siapa yang mendahului, mudah-mudahan mati saja pemisah kami
dan.
Terima kasih yang tidak terhingga pada ayah yang telah mendidik sedari awal bahawa tempat seorang isteri selamanya disisi suami.
Kini saya mengerti. I have seen the best of my husband and the worse of him but i CHOOSE BOTH. Sekian
Sungguh inspirasi kisah pasangan suami isteri ini.
Kredit Zulaikha Bakhtiar.