Seterika Tiada, Kettle Pun Jadi. Suami Ni Gigih Licinkan Tudung Isteri Semasa Bercuti. Sweet Sangat!

Share

Tentu ada antara anda yang pernah lalui pengalaman menginap di homestay yang tidak menyediakan seterika atau jika ada sekali pun seterika tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Hal ini memang boleh mengganggu mood kita untuk keluar berjalan-jalan dek kerana pakaian yang ingin dipakai berkedut. Lagi-lagi kalau tudung, memang nampak sangat!

Hal ini turut terjadi pada keluarga ini yang sedang bercuti dan menginap di sebuah homestay yang tidak menyediakan seterika dan bila ingin bertanya di kaunter pertanyaan, sudah pun tutup memandangkan sudah lewat malam.

Merujuk video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @eja2110, bagi menyelesaikan masalah tudung yang kusut tadi, suaminya telah mencari alternatif yang unik dan kreatif untuk menghilangkan kedut yang ada pada tudung yang ingin dipakai oleh isterinya.

@eja2110gara2 iron takdop kat homestay, kaunter tutup masa nak ambik 😂. terima kasih syg. Nak bagi buah hati syantik pakai tudung kemas. ahhh gittewwww 😘.♬ Love Me – adi

 

Kaedah yang digunakan oleh suaminya ini, ternyata berkesan untuk menghilangkan kedut atau garisan yang ada pada tudung isterinya. Bolehlah sesiapa mencuba teknik ini. Caranya mudah sahaja dimana dapat dilihat suaminya memanaskan air di dalam kettle.

Bila wap terhasil maka dilekapkan tudung dibahagian permukaan kittle agar tudung terkena wap  dan sekali gus dapat menghilangkan kesan garis-garis atau kedut pada tudung isterinya.

Melalui perkongsian ini, warganet cukup teruja dan mengakui baru sahaja mengetahui cara atau trik yang dilakukan ini dapat membantu untuk melicinkan tudung dan pakaian.

Bahkan ramai juga yang memuji tindakan suami yang baik hati dan sweet membantu isterinya bagi menyelesaikan masalah tudung berkedut, yang mungkin ada suami orang lain nampak remeh tapi besar maknanya bagi seorang isteri.

Sumber :@eja2110