Setelah Hampir 15 Tahun, Datuk Aliff Akhirnya Menunaikan Haji Bersama Anak Lelakinya.

Share

Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.

“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.

“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.

“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.

Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.

“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.

Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Shukri

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club