
Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.
Sumber: Instagram Datuk Aliff Shukri
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Begitulah Isteri, Hadiah Harijadi Beli Barang Bukan Untuk Kegunaan Sendiri Tapi Kemudahan Keluarga.

Bahagia itu bukan sekadar wang ringgit atau emas permata tetapi berasa daaimai hidup bersama pasangan tersayang. Biarpun hidup secara sederhana, bahagia tetap ada. Pasangan yang tidak meminta akan terima seadanya pasangan.
Setiap pasangan ada cara tersendiri untuk buat diri dan keluarganya bahagia. Begitulah yang dilakukan oleh isteri lelaki ini. Bukan tidak menghargai pemberian suami, namun sikap kebanyakkan wanita untuk memberikan bahagia buat keluarga.
Sebagaimana perkongsian ini.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
BERI HADIAH
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit. Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’ Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset.
BELI UNTUK KELUARGA
Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document.
Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag. Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe(digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni
Kredit:Muhammad Yusof
Anak Lelaki Bakal Pemimpin, Ini Perkara Penting Untuk Didik Jadi Ketua Keluarga Yang Sukses!

Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu Tunggal Sempat Berpesan Pada Anak Untuk Pergi Ke Rumah Anak Yatim Sebelum Meninggal. Undang Pilu!

Kita sendiri tidak tahu cara bagaimana pengakhiran hidup kita, namun semua antara kita tentunya mahukan yang terbaik sama ada buat diri kita yang akan ‘pulang’ ke negeri abadi bahkan buat yang ditinggalkan, semahunya kita dipersiapkan sebaik mungkin.
Namun apalah daya bila mana seorang ibu tunggal ini yang juga merupakan pesakit Covid-19, terpaksa melepaskan anak-anaknya yang masih kecil. Kisah pengkahiran hidupnya cukup menyentuh hati, bila mana sebelum menghembuskan nafas terakhir masih sempat memberi pesan kepada anak-anaknya untuk pergi ke rumah anak yatim.
Ini sebagaimana memetik petikan berita yang dikongsikan oleh Astro Awani.
Seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti COVID-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas COVID-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif COVID-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Media tempatan pada Isnin melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Tidak Dapat Rawatan Di Hospital
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes COVID-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini.
Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan COVID-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Pada Selasa, Thailand mencatat 14,150 kes baharu COVID-19 dan 118 kematian, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India.
Sumber : Astro Awani
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club