
Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”

Pelajar tingkatan lima meninggal dunia lepas tamatkan rentas desa, “Arwah rakan yang baik.” Muhammad Shahrul Ashimie adalah rakan Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 17, yang meninggal dunia sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan acara merentas desa di sekolahnya di Sungai Petani, pagi semalam.
Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”
“Saya macam tak percaya Haziq dah pergi buat selama-lamanya kerana pagi semalam sebelum merentas desa bermula, dia nampak seronok dan bersemangat,” kata Muhammad Shahrul Ashimie Md Fadli, 17.

Acara itu bermula jam 8 pagi dan arwah adalah seorang atlet sukan di sekolah mereka.
Muhammad Haziq Uzayr pernah menjadi rakan sekelasnya ketika di Tingkatan Dua sebelum masing-masing bertukar kelas.
“Pagi tadi (semalam) saya sempat menegurnya ‘semoga berjaya’ dan dia nampak ‘happy’ (seronok) sangat.
“Tapi lepas menamatkan acara itu, dia terus rebah dan terus dibawa ke khemah tepi padang.
“Masa itu seorang guru berusaha memberi bantuan CPR kepadanya sementara menunggu ambulans tiba tetapi ketika itu arwah agak lemah,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Salehuddin, Bandar Puteri Jaya, malam tadi.
Menurutnya, keadaan itu agak mencemaskan kerana melihat sendiri rakannya rebah depan mata dan pada mulanya disangkakan hanya pengsan.

“Tidak lama kemudian pengetua memanggil semua pelajar berkumpul di pentas dan memberitahu Muhammad Haziq Uzayr sudah meninggal dunia.
“Ketika itu saya macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima hakikat saya sudah kehilangan rakan yang baik dan suka tolong orang.
“Saya sempat tatap wajahnya dan cium pipinya sebelum jenazah dikebumikan, memang sedih la,” katanya.
Jenazah Muhammad Haziq Uzayr yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Jenazah kemudian dibawa ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan dan selamat dikebumikan jam 11 malam.

Kira-kira 300 orang hadir termasuk ibu bapa remaja itu serta ahli keluarga dan rakan-rakan sekolah Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah malam tadi.
Media semalam melaporkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, semalam.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Mansuh PT3, Keputusan SPM Tidak Akan Terjejas
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Bila Ayah Diam Lepas Raya, Sebenarnya Tengah Kira Duit. Deep Luahan Lelaki Ni

“Raya sepatutnya jadi masa paling bahagia… tapi kenapa ayah nampak murung?” Perkongsian ini bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada nak faham satu sudut yang jarang kita tengok dari kaca mata seorang ayah.
Realitinya, banyak lelaki yang nampak diam waktu raya, sebenarnya sedang menanggung beban yang tak semua orang tahu.
Sebagaimana perkongsian, Alwi Adam yang bersimpati dengan dengan keluahan seorang lelaki mengenai sumber kewangan susut selepas raya.
“Dekat tiktok ada banyak juga genZ share, bapak derang moody time raya, tak sporting bersiap dan nak berjalan raya happy-happy.”
“Saya nak cungkilkan, mungkin 70% sebabnya adalah benda dalam ss ni.”
“Time puasa dah banyak habis duit, dah raya pun habis duit. Nak berjalan raya lagilah habis duit.”
Cuba kira anak sedara berapa orang. Tak ker around 10-20 sebelah. Dua belah dah 40 orang. Menjamu perlu modal, memberi duit raya makan modal, berjalan minyak tol berhenti makan pun makan modal.
Tak pelik kalau dia moody. Pastu tabiatnya laki ni, dia sukar nak share even dengan isteri, tambah pula jenis tradisional. Ego lelaki tu tinggi bab provider ni.
Bukan justify, sekadar sembang sembang, raya pumpang pumpang
LUAHAN SEORANG SUAMI LEPAS RAYA, DUIT TINGGAL SIKIT
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut bersimpati namun ada juga memberi pandangan untuk berbelanja seadaannya untuk mengelak berlaku masalah kewangan begitu.
Kesimpulan daripada situasi ini nyata, dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, kadang kita terlepas pandang emosi dan beban yang ditanggung oleh seorang suami atau ayah.
Mereka mungkin tak bersuara, tapi dalam diam mereka mengira, merancang dan menanggung tanggungjawab demi keluarga tersayang. Bila duit makin susut lepas raya, mereka masih cuba tersenyum demi anak-anak dan isteri.
Sebagai pasangan dan anak-anak, marilah kita belajar untuk lebih memahami, bertanya khabar, dan hargai segala pengorbanan mereka walaupun sekadar ucapan terima kasih dan pelukan hangat. Kadang itu saja dah cukup untuk buat hati seorang suami rasa tenang dan dihargai.
Sebab akhirnya, mereka pun manusia. Bukan robot. Ada letih, ada risau. Tapi tetap tabah demi keluarga.
Sumber: Alwi Adam
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90

Isi Kandungan
ToggleJohan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Raih CGPA 3.90
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Alhamdulillah syukur pada Allah atas segalanya.
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
#UniversitiKebangsaanMalaysia #2024 #convocationday
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
My soul.Terima kasih keluarga dan kawan-kawan. Tulang belakang saya selama ini.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
Baca artikel lain juga: Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat
Juara Tilawah Al-Quran, Farhatul Fairuzah Terima Darjah Kebesaran Kurniaan Sultan Selangor
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my