Setiap antara kita pasti ada kisah tersendiri saat bercinta dengan seseorang yang kini telah pun bergelar suami atau isteri.
Mungkin kerana terlalu lama usia peprkahwinan, hingga ada yang terlupa bagaimana dan di mana kali pertama bertemu.
Jadi cuba imbas kembali, pahit manis musim percintaan tersebut agar kebahagiaan berumah tangga terus mekar sebagaimana di awal perkahwinan.
Ikuti kisah percintaan Jarr Nadjmuddean ini yang boleh membuatkan kita terinspirasi.
Bagai langit dan bumi
Dulu masa aku nak kahwin, isteri aku terima aku sehelai sepinggang. Masa tu aku mana kerja tetap. Isteri aku pula pegawai bank. Macam langit dengan bumi. Hidup dia dikalangan manusia-manusia korporat. Aku pula masa tu hidup dikalangan rebel. Muzik adalah hidup. Gitar pula makwe yang setia. Masa aku kenal isteri aku, handphone aku baru lepas kena curi.
Dia bagi aku pakai phone dia, dia call aku pakai phone rumah. Mak bapak dia marah bukan main sebab dia serah gitu je phone dia kat aku. Yelah, dia pun bukan dari keluarga yang senang. Mestilah mak bapak dia risau kalau anak dorang kena tipu dengan mamat serabai macam aku.
Ads
Kami berhubung jarak jauh sebab masa tu aku kerja di Melaka. Kerja main-main. Tapi sejak aku kenal dia, dia ajar aku kenal apa itu tanggungjawab. Dia terus kerja dan naikkan karier. Aku? Aku masih terkial-kial mencari kerja tetap. Dalam kesibukkan, dia bersengkang mata buatkan resume untuk aku. Hulur dekat orang itu, orang ini. Minta tolong kenalan. Sampai aku terfikir kenapa dia ni baik sangat sampai tolong aku macam ni sekali.
Aku dapat kerja tetap yang pertama hasil usaha dia. Tuhan permudahkan temuduga. Kami ikat perut sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Pergi kerja dia tunggu aku dekat bus stop. Aku naik bas dari Taman Ehsan berhenti depan bus stop tokong Jinjang Utara. Awal pagi dia tunggu aku nak hantar pergi kerja. Dia ajar aku bawa kereta. Ambil lesen.
Begitulah hari-hari selama setahun. Bila tengahari lunch hour, dia ambil aku kami bungkus nasi bungkus satu makan dua orang. Kadang-kadang dia buatkan nasi goreng dengan telur dadar buat bekal kami berdua.
Balik kerja petang dia akan hantar aku balik Taman Ehsan. Dan pagi esoknya dia akan call dan kejutkan aku bangun bersiap untuk pergi kerja. Bukan main sabar dia dengan aku. Tak pernah merungut.
Ads
Nekad
Satu hari aku cakap dekat dia aku nak ambil dia jadi isteri, aku pergi kedai emas beli cincin untuk merisik. Ye, aku pergi pakai jeans koyak dengan t-shirt rock bawa cincin merisik naik teksi pergi rumah keluarga dia. Kenapa aku tak pergi dengan keluarga aku? Adalah ceritanya kenapa.
Dekat rumah dia, aku mengadap semua keluarga dia. Aku cakap terus-terang aku nak ambil dia jadi isteri aku. Aku tahu pada awal hubungan, parents dia tak setuju sebab aku kerja tak tentu. Aku faham hal tu. Dan aku redha je kalau hubungan tu tak jadi. Tapi kau tahu apa yang terjadi? Dia perjuangkan cinta dia yang dia nak kahwin dengan aku. Atas sebab dia percaya yang aku akan berjaya satu hari nanti.
Sama macam parents aku juga yang pada mulanya tak setuju aku nak kahwin dengan dia sebab aku tak bekerja tetap dan kaki enjoy. Parents aku lagi keras, hari aku nak kahwin baru depa sampai. Aku pujuk parents aku lama juga hal nak kahwin ni. Sehari sebelum kahwin aku call lagi minta depa datang bagi restu. Akhirnya depa mengalah.
Ads
Bukan senang nak menang hati orang tua bila kau buat keputusan besar macam ni. Aku pertahankan cinta aku dekat isteri aku sebab aku tengok dia tak pernah jemu bantu aku dan terima aku seadanya masa mula-mula kenal. Mana aku nak cari seorang eksekutif bank masa tahun 2003 yang sanggup keluar lunch dekat Tasik Titiwangsa makan nasi bungkus kongsi berdua? Lauk ayam sambal dengan telur dadar sahaja. Mana aku nak cari perempuan yang sanggup terima aku yang takde wawasan masa tu sampai ada halatuju macam sekarang?
Aku takde apa-apa bhai. Duit jauh sekali, handsome pun sikit je. Itu jelah modal yang aku ada. Selain dari itu, aku doa dan usaha.
Alhamdulillah lepas 12 tahun, macam nilah kami sekarang. Bila diingat balik, kelakar pun ada, sedih pun ada. Tapi kalau takde adventure, tak hindustan lah kisah percintaan aku.
Korang punya kisah cinta macam mana?
sumber : Jarr Nadjmuddean
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dirinya telah terpaksa menjalani pembedahan mengejut selepas diserang apendiks.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran itu menerusi laman Instagramnya.
Menurut Uyaina, perutnya berasa sangat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
Syafakillah Uyaina & Baby 🤲🏻
“Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat2 belah bawah kanan perut. Sakit yang takleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit 🥲
“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward.
Dalam perkongsian tersebut juga, Uyaina meluahkan rasa lega selepas pembedahan tersebut telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin ♥️
“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn.. 🤲🏻
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis serta warganet menitipkan doa dan kata-kata semangat buat pengacara Wanita Hari Ini supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
galeriariani Get well soon Yana & Baby! Keeping you in our thoughts and prayers ❤️🤍
Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Prof Dr Muhaya Mohamad.
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin).
Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Dalam berumah tangga, keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,”
“ Wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya ada yang mengalami masalah seluar jeans warna yang sudah luntur. Nak tahu cara yang mudah supaya nampak kembali baru seperti mula-mula beli.
Menarik perkongsian ni, ikuti tip yang dikongsi oleh @Kholif Mael melalui di Tiktok.
Cara hitamkan balik seluar jeans yang LUNTUR WARNA:
1.Beli Dye pewarna seluar dekat SHOPEE
2.Panaskan air
3.Tuang dalam besen/baldi
4.Masukkan 1 packet Pewarna
5.Masukkan 1 genggam garam
6.Guna senduk untuk gaul dan gaul sampai sebati
7.Masukkan seluar jeans dalam baldi dan tunggu dalam 30 minit atau tinggalkan dalam 1 malam
8.Bilas dengan air paip, jirus manja2 je
9.Perah pun manja2 juga
10.Gantung di ampaian, pastikan jemur di bawah sinaran matahari
11.Tunggu sehingga kering
Kanak-kanak tercekik 'gummy mata' meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula 'gummy' mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.