Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Begitulah sebaliknya. Jadi jangan kedekut untuk berkongsi rezeki.
Rezeki bukan hanya pada wang semata, rezeki diberi kelapangan dan dikelilingi orang yang baik-baik juga adalah rezeki yang patut kita syukuri.
Seperti kisah wanita ini, Nurul Hashima Abu Aris atau lebih mesra dipanggil Shima yang merupakan seorang peniaga nasi bungkus di Seksyen 6, Kota Damansara.
Dek kerana sifatnya yang pemurah dan tidak berkira dengan para pelanggan, namanya menjadi bualan kerana kemuliaan hatinya itu.
Jika anda masih ingat lagi, wanita ini pernah tampil menghulurkan bantuan makanan percuma kepada masyarakat setempat yang mengangkat bendera putih sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara.
Walaupun perkara itu sudah beberapa tahun berlalu, kemulian hati dan sifat menghulurkan bantuan pada yang memerlukan tidak pernah padam dalam diri Shima.
“Tak cukup duit nak makan? Cakap! Sis boleh bagi nasi percuma.”
“Jangan kais cari duit dalam poket, lepas tu letak balik nasi sebab tak cukup duit,” kata Shima menerusi perkongsian di media sosial kepada mereka yang terdesak sehingga terpaksa mengikat perut.
Mengakui yang dia mudah tersentuh hati jika melihat pelanggan yang hidupnya terpaksa mengikat perut umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Saya tak boleh la dengan situasi macam tu. Saya mudah tersentuh.”
Ads
“Setakat bagi dua atau empat bungkus nasi bajet tu tak rugnya perniaghaan saya.”
Kata Shima, dia sangat senang hati untuk berbakti kepada masyarakat kerana pernah merasai kesusahan sebelum ini.
Anak lelaki shima turut membantunya berniaga jika ada kelapangan.
“Saya pernah hidup dalam kesusahan dan kesempitan yang memaksa untuk berhutang makanan dekat gerai tepi jalan.” Imbasnya kembali mengenang pengalaman lalu.
“Apabila dah merasa senang sikit, saya berikan semula apa yang saya dah peroleh kepada masyarakat.”
Shima turut menceritakan yang kisah-kisah yang dilalui sepanjang menjadi peniaga. Banyak yang meruntun jiwa.
Ads
“Dengan macam-macam kisah yang saya dengar daripada pelanggan yang datang ke gerai, saya tahu ramai lagi yang hidup susah dan tak mampu nak beli makanan ruji seperti nasi.”
“Nasi kami jual dengan harga serendah RM3.50 sebungkus. Tapi ada juga pelanggan yang keluarkan plastik berisi duit syilling sambil kira sorok-sorok. Mungkin malu sebab tak ada duit kertas nak bayar.” cerita Shima.
Daripada perkongsian Shima ini, ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi. Semoga kemuliaan hatinya yang banyak membantu masyarakat secara tidak langsung membuat mata ramai pihak untuk terus berbuat kebaikan.
Nasi bungkus yang dijual oleh Shima, hanya berharga RM3.50 sahaja.
Alang-alang menghabiskan masa duduk di rumah semasak PKP dan PKPD, teladani cara saudara Bahruddin Hanz Hanz yang memanfaatkan kemahirannya bertukangnya.
Begitulah satu perkongsian di grup Tukang Apa Hari Ini, memaparkan bagaimana tempat membakar sampat dijadikan ruang menonton televisyen. Sungguh inspirasim cara beliau memanfaatkan ruang yang ada untuk kebahagiaan keluarga.
“Ya saya minat bertukang. Jika tak bertukang, rasa tak lepas kehidupan harian. Moga ada ada idea untuk para DIY.
“Maka 1 bulan lebih PKP, PKPD, maka hasilkanlah satu ruangan tv berkonsep moden dan simple,” demikian tulis kapsyen pada perkongsian beliau.
Katanya lagi, hasratnya untuk berbuat demikian telah lama terpendam namun kekangan masa menyebab ia hasrat terhalang. Namun ekoran PKP dan PKPD telah merealisasikan impiannya.
“Saya sebelum ni tak sempat nak buat. Sudah 8 tahun duduk rumah ni. Baru saya reno. PKP ni alhamdulillah. Boleh teruskan niat.”
Sebelum: Tempat bakar sampah
Proses pembinaan bermula
Tempat bakar sampah telah berubah wajah. Bahagian dinding dalam proses pembinaan.
Proses bahagian dalaman pula
Anak-anak dah ‘excited’ walaupun belum siap sepenuhnya.
Pintu lama dicat baru pilihan warna putih.
Siap! Ruang privasi santai bersama keluarga.
Warganet beri pujian hasil yang disiapkan dalam tempoh sebulan.
Kesungguhannya menarik perhatian ramai yang memuji kerajinannya yang menghasilkan ruang privasi untuk keluarga bersantai.
Hati mana tak keruan bila orang yang dinanti tidak kunjung tiba di hari lebaran. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa, pasti tidak senang duduk bila anak-anak masih belum sampai di rumah pada malam raya.
Dalam pada sibuk menyediakan juadah, pasti akan berkali-kali mereka cuba menghubungi anak-anak. Dalam hati sentiasa mendoakan agar mereka sampai ke destinasi dengan selamat.
Namun kita yang tular di TikTok ini sangat meruntun hati. Saat kita gembira menyambut Hari Raya, terselit kisah duka dikongsikan seorang individu di media sosial.
Kematian ahli keluarganya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan baru-baru ini cukup memberikan impak besar bagi mereka.
“Patutlah tak jawab telefon, rupanya sudah meninggal seorang diri malam raya… “
“Arwah adik (Ash) meninggal malam raya. Kami tak sedar rupanya sudah satu hari arwah meninggal.
“Raya kedua baru uruskan pengebumian arwah,” kata Ain menerusi perkongsian di TikTok.
Upacara pengebumian Allahyarham Mohd Asyraf Mohamad Ariff yang meninggal dunia pada usia 36 tahun selamat diadakan pada 23 April lalu.
Difahamkan bahawa arwah menyewa bersama rakan-rakannya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan. dan dikatakan mengalami demam panas pada hujung Ramadan.
Menurut cerita Ain, setelah panggilan dan mesej tidak dijawab, ahli keluarganya mula menjejaki arwah di rumah sewanya sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri.
“Patutlah adik beradik lain dan mak hubungi seharian tidak berangkat? Allahuakbar, al-Fatihah.
Sementara itu menerusi muat naik berasingan, Ain berkongsi dua keping foto arwah.
“Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Buat anda yang telah beberapa kali mencuba untuk menanam pokok daun sup tapi masih gagal, tentu ada tertanya-tanya mengapa ini boleh berlaku hingga ada yang percaya istilah ‘tangan panas’.
Pun begitu, apa kata anda mencuba teknik yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy ini. Bukan satu kaedah penanaman yang dikongsikan malah ada tiga kesemuanya. Menurutnya, semua cara tersebut telah dipraktikkan dan memang terbukti berjaya. Malah turut berkongsi tip untuk menfaat semua.
Kaedah pertama : semai biji benih
cara saya semai:
1) Siapkan media tanam..saya guna peatmoss…lepas dah isi ke bekas saya siram siap-siap
2) Tabur biji benih sikit jer..jangan banyak-banyak cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus..lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media..banyak yang gagal sebab ni lah..benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya
3) Spray dengan air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh..saya biar sahaja tak tutup pon
5) Spray 2x sehari pagi dan petang..insyaAllah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari..kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh juga bererti gagal..kena cuba lagi
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih dan ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat dan tunas makin segar dan membesar..jangan tanam dalam sangat..cukup kambus akar sahaja
5) Siram sikit-sikit sahaja jangan terlebih air..yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu
Kaedah ke 3 : Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) Pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak-anak pokok yang baru tumbuh..Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu tak ada akar baik korang campur dalam sup ja hehe..kena hati-hati masa korek/cabut
3) Tanam dan letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) Siram sikit-sikit sahaja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air
Jadi anda boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.