Sukar diungkapkan dengan kata-kata perasaan empunya diri. Setahun terpisah dek tuntutan kerja, namun pertemuan semula sang suami hanya mampu memandang jasad insan tersayang tanpa dapat menyentuh, jauh sekali memberi pelukan buat kali yang terakhir.
Paparan kisah LKpl Mohd Noh bin Samsudin memberikan penghormatan terakhir buat isteri kesayangannya Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru cukup menyentuh hati warganet.
Sementelah beliau terpaksa mengharungi perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia. Namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. LKpl Mohd Noh bin Samsudin tidak berkesempatan berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 2020.
Kisah yang cukup memilukan ini dikongsikan oleh MyJointForce menerusi facebook rasmi page berkenaan.
Ads
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7 Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati. Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta yang pergi buat selama-lamanya. Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah Negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Ads
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM. Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE).
Beliau dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ads
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20. Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
#setiapyangbernyawapastiakanmerasakanmati
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE
Pejam celik, sudah lapan tahun rupanya pelakon dan pelawak, Harun Salim Bachik, meninggalkan kita semua akibat sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Selatan) Perak pada 8 Mac 2015 lalu.
Pemergian permata seni ini bukan sahaja memberi kesan dalam industri hiburan, namun sangat memberi impak terutamanya ahli keluarga. Seperti yang diluahkan oleh isteri arwah iaitu Surianti Mohd Nur baru-baru ini di laman Tiktoknya, dia mengenangkan kembali arwah suaminya ketika masih hidup bersama anak-anaknya.
“Kenangan indah itu amat sulit untuk dilupakan!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Harun Salim Bachik adalah seorang penggiat seni yang sangat berbakat selain mempunyai personaliti yang baik.
Bukan itu sahaja, ramai yang merasakan Harun Salim Bachik seperti baru sahaja meninggalkan kita semua dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Terdahulu, Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea dan Hakeem Sufy Al-Rashid.
Sumber: TikTok @kaksulegasi7979
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.
Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.
Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.
Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif. Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar.. bila panggil dan pergi dekat..tanya dia awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg
emosiku dijentik pg ni..
Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men. Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.
Ada nampak keceriaan diwajah.
Azam 2019
Membahagiakn seramai mungkin orang.
Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.
Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli berkongsi berita mengenai situasi isterinya, Anissa Faizul yang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital.
Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman pada air kencing Annisa. Perkhabaran tersebut dikongsikanPengarah filem Mael Totey The Movie menerusi laman Instagramnya.Tambahnya lagi, dia mendapat berita tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul 35mm.
“Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing.
“Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya.
Annisa kini terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital.
Justeru bapa kepada seorang cahaya mata ini memohon semua pihak menitipkan doa dan diberikan kesembuhan buat isterinya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram sebelum ini, Nissa memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Untuk rekod, Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...