“Setahun Ryan Belajar Berdikari” Rita Rudaini Sebak Mengenangkan Terpaksa Berjauhan Dengan Anaknya

Share

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Ibu mana yang tak sedih bila berjauhan dengan anak lebih-lebih lagi umur anak yang masih muda.

Sama seperti pelakon Rita Rudaini yang berkongsi kisah dan perasaannya saat menghantar anak lelakinya, Airir Ryan Rizqi yang bersekolah asrama.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Rita sebak bila mengenangkan anaknya yang sudah setahun berdikari kerana berjauhan dengannya.

 “Malam ni hati mommy tiba-tiba sebak sayu sangat.. dah setahun ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy”

Lebih menyedihkan Rita, walaupun berjauhan, Ryan turut dikatakan tidak pernah lupa untuk membuat panggilan terhadap ibunya.

“Setiap malam Ryan tak lupa call ucap ‘goodnite & i love u mommy’… masa ni mommy tahan airmata dan tahan sakit.

“Sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggal kan dulu. kita xpernah berenggang..kemana saja mommy bawak ryan,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Ryan anak yang banyak suka duka dan saksi setiap kesedihan Rita.

“Ryan yg byk kena tempias… Ryan saksi segalanya…. tapi Alhamdulillah kamu membesar dgn penuh kelembutan dan kasih syg dlm hati.

“Ryan anak yg sgt baik, tidak pernah sesekali tggi suara pd mommy, patuh setiap kata2 mommy,” katanya lagi.

Sementara itu, Rita juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap anak kesayangannya itu.

“Maafkan mommy, mommy banyak salah pada Ryan, tapi percayalah mommy buat semua ni ada sebab… hanya tuhan saja yang tau…. mommy doakan Ryan jadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan, kelembutan dan kasih sayang dalam diri,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Rita turut percaya akan segala hikmah yang akan diterimanya walaupun terpaksa berkorban berjauhan dan turut meninggalkan pesanan buat Ryan.

“Mommy berkorban berjauhan dari Ryan kerana mommy percaya ada yang terbaik menanti Ryan… jangan risau pasal mommy.

“Mommy dah biasa berkorban pernah berkorban hidup mommy untuk kebahagiaan orang lain untuk puaskan hati orang lain demi pertahankan kamu, Ryan dan adik tapi Allah kurniakan anak yg baik, Ryan dan adik untuk jahit luka dan koyak di hati mommy terima kasih,” tambahnya lagi.

Terdahulu Rita berkongsi perasaannya sebagai ibu terhadap pencapaian cemerlang Ryan di ketika di sekolah.

Sumber: Instagram Rita Rudaini