Dah jadi lumrah bila duduk di kawasan flat atau apartment, tak dinafikan terdapat banyak situasi dan perangai manusia yang mengjengkelkan yang perlu dihadap hampir setiap hari. Kalau sekali dua berlaku mungkin boleh bertolak ansur lagi. Tapi bila dah semakin ‘naik lemak’, ia sekali gus mengganggu kehidupan dan emosi jiran-jiran yang lain.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang penghuni apartment @daddydos yang melepaskan rasa ketidakpuasan hati di TikToknya baru-baru ini. Akui kehidupan keluarganya tidak tenteram apabila lantai dan kain yang dijemur di luar sering berminyak, gara-gara wap yang terhasil daripada aktiviti jiran bawah unit apartmentnya memasak di beranda.
@daddydos masalah jiran ✅ . masalah managment bodoh ✅ …. takut sgt nak ambil tindakkan. 😡 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak 😣? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka ♬ original sound – Bubih
Difahamkan isu ini sudah berlanjutan dalam tempoh setahun. Segala usaha termasuklah bersemuka dengan wakil pihak pengurusan dan jiran tersebut sudah pun dibuat, namun begitu tiada sebarang perubahan berlaku.
@daddydos Reply to @mailmahat part2 isu jiran .. terima kasih yang beri pandangan dan komen yg bernas. daddydos explain sikit ape yg terjadi sebenarnya ya…. sabar je lahhh. 😊 #fyp #fypシ #comment #viral #jirandarineraka #share #supportme ♬ original sound – Daddy Dos
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga mempersoal apakah tujuan jiran tersebut memasak di bahagian luar walhal setiap unit apartment sudah dilengkapi dapur luas. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi 1001 ragam tidak prihatin jiran di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Sumber : @daddydos