Set Sofa Lama Nampak Elegan Bila Wanita Ni Buat Makeover Begini. Memang Menyerlah Jadinya!

Share

Perabot lama jika diberi nafas baharu tentu sahaja boleh terlihat cantik dan elegan. Cuma kita sahaja yang perlu kreatif untuk mengilhamkannya. Contohnya seperti mana yang dilakukan oleh Ros Diana yang juga merupakan peminat perabot lama. Bahkan bukan sesuatu yang asing baginya untuk  membeli dari orang perseorangan dan kemudian lakukan sedikit ubah suai agar menepati citarasa peribadi.

Semuanya dilakukan sendiri dan hasilnya memang memukau. Umpamanya set sofa ini, yang diilhamkan sendiri tanpa bantuan suami ketika berasa bosan sepanjang PKP ini dek kerana tiada tempahan pelamin dan tiada juga permintaan merias wajah pengantin. Jadi masa yang terluang digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan set sofa yang elegan ini.

Ikuti perkongsian penuh daripadanya :

Hasil kerja menukang saya. Kerusi ni 100% hasil tangan saya memang tak nak mintak tolong suami…sebab bosan pkp job tak ada..

Kerusi beli dari orang PD memang mencari kerusi lama jenis klasik dan rezeki saya..saya dapat..semua kerusi ni rm200 tuan dia jual tapi saya tambah lagi rm50 sebab dia nak jual katt saya. Lagi pun set ni  3+1+1+1+1.

 

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3 : Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum dibalut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.

Langkah 4 : Untuk membuat butang pada bahagian kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat kuat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler.

 

Selamat mencuba.

Sumber : Ros Diana

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club