Siapa sahaja yang tidak pernah merasa keenakan nasi kak wok, meskipun menu ringkas hanya dengan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan menu untuk keluarga. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Ads
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Ads
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Ads
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Memberikan keriangan kepada anak-anak yang berminggu-minggu duduk di rumah, apa kata kita sediakan aiskrim homemade ala-ala yang dijual di kedai.
Pasti enak sekali dimakan pada bila-bila masa. Untuk itu, apa kata ketahui dulu bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Eyta Mazlie ini. Jom semak.
Sepanjang PKP ni mcm² masakan dh try, klu blur nk msk apa.. Tgk group ni, jadi inspirasi & ada idea nk msk apa..
Nk tahu x cara nk buat aiskrim homemade? Buat mlm td, skrg dh boleh ngap.. Baru boleh share..
Resepi simple.. Bhn² pun mmg ada kt dapur.
Resepi dr group ni jgk tp saya olah skit.Saya share kot² ada yg nk try..
Aiskrim Homemade
Bahan2 :-
1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tpg ank ja dibancuh dgn setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (Saya lebihkan 2sb)
– Mix smua bhn smpai gebu
– Masuk dlm bekas
– Bekukn dlm freezer
*Klu nk buat bnyk cuma gandakn ja bhn2 tu.
Ni base utk aiskrim vanila. Klu suka perisa lain boleh ltk apa2 perisa yg anda suka..
Utk aiskrim ni saya warnakan utk nmpk lebih menarik..
P/S – Susu ank tu saya guna susu everyday, jadi org dewasa pun boleh minum.. Nk lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tp PKP ni kita guna ja bhn apa ada kt dapur..
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Sepanjang PKP ni, tentu mak-mak sentiasa mencari idea untuk memasak untuk seisi keluarga. Maklumlah anak-anak pun, duduk di rumah. Tentu kerap anak ke dapur mencari makanan.
Kali ini Majalah Keluarga ingin berkongsi resipi mudah dan sedap untuk minum petang. Apam susu gebu gebas. Memang sedap! Makan panas-panas pasti licin. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Semua bahan-bahan ada di ruang rak dapur anda. Jom!
Ikuti perkongsian ini.
Bahan-bahannya:
Bahan A: 4 biji telur (bilik suhu),1 sudu besar ovalet (suhu bilik),3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik), 1 sudu kecil Asen Vanilla,1 cwn gula * semua bahan kat atas putar hingga kembang dan putih (ringan) jika tiada pengadun, gunakan blender pun boleh.
Bahan B: 2 cwn Tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Apabila adunan A sudah siap diputar, tambahkan dua cawan cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.
2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.
3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dulu supaya adunan senang dikeluarkan.
4. Kukus selama 30 minit. Guna api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.
Tip:
Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan pengudus tudung dibalut dengan kain dahulu kerana jika udara menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik. – Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.