Menyediakan menu yang digemari oleh anak-anak agar makan berselera kadang-kadang boleh buntu juga ibu untuk sediakannya. Jadi apa kata kali ini anda sediakan ala-ala nasi ayam KFC. Mesti anak-anak menggemarinya.
Apatah lagi, resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini lengkap berserta dengan set seperti coslow, sup dan sambalnya.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu istimewa ini daripada air tangan sendiri.
Ini perkongsiannya.
Hari ini kakchik nak share resipi spesial sikit untuk anak dan suami. Biasa makan nasi ayam je kan? Kali ini kita buat ala ala Nasi Ayam KFC gituh. Pakat teruja anak-anak makan tau. Jom buat jom.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Set lengkap ada karbohidrat ada protein dan sayur. Ayam Krispi tu elok berkelopak. Menjadi sungguh. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak. Kami suka sup jadi wajib buat.
Hidangkan pada anak-anak, semua pakat tanya bila Umi beli. Mana maunya tapau, kampung kakchik ni banyak kedai makan tutup. Takpe, kebetulan ada stock Kat rumah. Kita buat sendiri. Mana tau esok-esok boleh buat meniaga Kan?
Bahan-bahan Nasi Mentega
2 sdb Mentega
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 cawan susu full cream
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam
Cara Buat:
Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering.
2. Tumis bawang merah, bawang putih Dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi.
3. Masukkan susu full cream 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim.
Kakchik tak bubuh daun pandan sebab suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh terpulang ya
4. Tanak nasi mentega kita sampai masak.
Ads
5. Tadaaaa. Rasa dia memang sama macam set nasi ayam KFC yang semangkuk rm 3 tu. Buat sendiri puas hati. Anak-anak suka nasi mentega no. Makan kosong pun sedap
AYAM CRISPY
Kakchik guna bahagian peha yang dibuang tulang. Kakchik guna 2 keping. Bancuhkan sebiji telur dengan 5 sdb tepung Bistari pedas. Tak letak air langsung tau.
Gaulkan semua bahan sampai dia mesra Dan muafakat membawa berkat. Kakchik perap sejam macam itu dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan garam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita.
Cara buat :
Satukan 1 cawan tepung bistari pedas dan ½ cawan tepung jagung. Ini untuk sekeping ayam bahagian peha tau. Kakchik buat untuk sekeping sebab tak nak membazir. Nanti sekeping lagi kita bancuh lagi tepung tu. Sebab baki tepung kakchik buang.
2. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Ramas-ramaskan biar semua bahan kena.
3. Panaskan minyak, gorengkan ayam Krispi sampai kuning keemasan. Kakchik goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak
4. Bila elok masak dan kekuningan, toskan kering. Dah siap.
Kakchik potong potongkan sebelum hidangkan pada anak. Senang anak nak ambil. Semua dapat bahagian yang mereka suka. Tak bergaduh dah. Mak boleh rehat sambil layan drama Korea.
Ads
COSLOW
Kakchik guna chopper zap zap tu. Kakchik letak 1 cawan kubis, 1 cawan kubis ungu ½ cawan lobak merah Dan 1 biji bawang merah
Lepas tu bubuh 5 sdb mayonis 1 sdb gula 1 sdt garam dan ¼ cawan susu full cream
Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk baru syok. Kakchik suka makan nasi kosong dengan coslow. Kenyang, sedap pun sedap tau. Ala ala makan ulam.
Tada dah siap, panggil anak dan suami makan. Hidangkan dengan sos cili Dan sup kosong. Selamat mencuba korang.
Bahan sup kosong
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sdb lada sulah
Garam
Bebola ayam atau daging
Tumis bawang dan halia. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan bebola.
Ads
Biarkan merenih. Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Kacaukan rata.
Matikan api. Hidang kan dengan bawang goreng dan daun sup.
Bahan sos cili
15 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 ½ cawan air
2 sdb cuka
Garam
Gula
Cara buat :
Kisarkan bawang putih, cili dan halia dengan 1 ½ cawan air.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Biarkan merenih. Biarkan bahan sedikit pekat.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Dekorasi kediaman yang terlihat mewah biasanya nampak sempurna dan menyerlah bila digayakan dengan olahan perabot dan aksesori yang tinggi harganya.
Namun jangan tak percaya dengan bermodalkan bekas cat terbuang dan beberapa keping kayu, wanita ini dapat mengilhamkan pasu berkaki yang cukup menarik setanding dengan yang ada dipasaran.
Nak tahu bagaimana pasu berkaki tersebut dihasilkan, ikuti perkongsian daripadanya. Semoga ramai yang terinspirasi.
Kali ni saya nak share projek pasu berkaki viral.
Bahan-bahannya:
Kayu 3kaki 3 batang (lebihan buat iron deco ari tu)
Tong cat yang dah habis cat.. kalau belum habis cat dia jangan buang tapi bg saya
Skru 6 batang
Piring kecil satu beli kat eco
Cat gold pun lebihan projek lepas
Cara Buat :
1. Ambil tong cat yang habis cat
2. Skru dan saya tutup skru tu dengan
tepung penyumbat bagi cantik sikit..
biarkan kering, gosok dengan kertas
pasir dan cat.
3. Dah siap
Sumber : Rohani Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak anugerah yang terindah dan dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Namun ada antara pasangan yang terpaksa menanti lama untuk memperoleh si kecil ini dalam rumah tangga mereka. Hadirnya si kecil dalam hidup mereka di tatang bagai minyak yang penuh.
Namun, masih ada si ibu yang bersikap kejam yang sanggup membuang anak sendiri. Terbaru dilaporkan seorang bayi lelaki ditinggalkan dengan satu nota di hadapan sebuah rumah di Kota Belud, Sabah.
“Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf. Sejak lahir, Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan.”
Demikian antara kandungan nota didakwa ditinggalkan bersama seorang bayi lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Pompod, dekat sini, semalam.
Kehadiran bayi dipercayai baru dilahirkan itu dikatakan disedari pemilik rumah terbabit, seorang wanita berusia 33 tahun, selepas terdengar tangisannya kira-kira jam 5.30 pagi.
Difahamkan, bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di atas kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu kemudian tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.
Beliau berkata, wanita itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bayi terbabit bersama nota dipercayai ditinggalkan oleh ibu kandungnya.
“Pengadu mendakwa beliau dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka kemudian mendakwa menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.
“Nota itu meminta wanita terbabit menjaga bayi berkenaan dan menyatakan tarikh lahirnya ialah 29 Jun 2019, namun tiada nama ibu kandung bayi disertakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, setakat ini, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh badannya.
“Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.
“Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi berkenaan ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti hubungan mereka,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gara-Gara belacan, wanita ini hampir kena tahan polis. Kisahnya seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian dengan makanan Malaysia. Namun siapa sangka dia kena ‘tahan’ dengan polis di Perancis.
Kisah ini tular di laman Twitter setelah seorang lelaki memuat naik pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.
Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu sangat gembira mendapat belacan. Lantas dia memilih untuk membakar belacan tersebut.
Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih ‘umph’!
Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.
Tweet yang cukup simple itu terus menular dan ramai yang memberi komen berkenaan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu. Kedengaran pelik tetapi lucu sebenarnya. Mujurlah wanita tersebut tidak menerima sebarang hukuman.
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman kawan ibunya yang mengalami masalah yang sama. Cuma kesnya ini adalah menggoreng ikan masin.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...