Ramai yang sangka masak lauk pantang ni kerja mudah kan? Tapi sebenarnya tak semudah itu tau. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan supaya lauk yang dimakan oleh ibu berpantang tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan ibu.
Pasti ramai yang suka makan ayam kurma ini bukan? Auranya memang boleh buat bertambah nasi berkali-kali, memang menyelerakan! Kebiasaanya jika nak masak ayam kurma ini perlukan penggunaan santan. Tapi ada juga resepi ayam kurma tanpa guna santan dan hidangan ini sangat sesuai untuk ibu berpantang.
Jom lihat resepi ayam kurma tanpa santan yang dikongsikan oleh Nurasykin Ali di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI AYAM KURMA TANPA SANTAN
Ads
Sumber foto: Facebook Nurasykin Ali
Hari ni kak ekin masak Kurma Ayam Tanpa Santan. Teringat waktu pantang dulu, makcik yang datang urut tu masakkan kak ekin lauk begini. Kurma Ayam ni sesuai makan untuk ibu dalam pantang sebab tak pedas dan tak berlemak. Dan yg penting, masak 1 lauk je cukup. Anak dan suami pun bole makan sekali sebab sedap hehe..
Ni kak ekin share resepi
Bahan – bahan:
Ads
• Ayam kampung atau organik 1/2 ekor • Rempah kurma adabi (1 pek kecik) • 4 sekawan : • 3 biji pelaga • 1 btg kayu manis • 1 bunga lawang • 2 cengkih • Tumbuk : • Bawang merah 3 biji • Bawang putih 3 ulas • Halia 1 inci • Daun kari 1-2 tangkai • Asam Jawa xtra 1/2 sudu kecik • Hiasan Opsyenal ; • Ubi kentang 1 biji (potong 6) • Tomato (potong 6) • Cili merah (1 tangkai) • Bawang besar ( Belah 4)
Cara – cara:
Ads
1. Masukkan minyak 3 sudu. Tumis 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masuk bahan ditumbuk dan daun kari. Tumis lagi sampai wangi. 2. Kecikkan api. Masukkan rempah kacau jangan bagi hangit. Masuk kan ayam. Kalau kering sangat tambah air sikit. 3. Kacau2 sampai ayam kecut. Masukkan air 1 cawan. Letak asam jawa. 4. Letak kentang. Tutup periuk biar ayam rempah dan kentang semua direnih dengan api sederhana. 5. Dah mendidih, nampak semua sebati sedap. Boleh perasakan garam & gula sikit je. Bole kalau nk tambah kiub ayam sikit. 6. Letak bawang besar supaya kuah rasa manis. Letak tomato dan cili merah besarkan api. Dah mendidih boleh tutup. 7. Selamat mencuba!
Keracunan makanan, remaja 17 tahun, kanak-kanak perempuan 2 tahun meninggal dunia. Polis mengesahkan remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.
Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
“Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
“Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Keracunan Telur: Gejala, Punca, dan Cara Mengatasi
Keracunan makanan adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tercemar. Salah satu sumber keracunan makanan yang biasa ialah telur. Artikel ini akan membincangkan gejala, punca, dan cara mengatasi keracunan telur.
Gejala Keracunan Telur:
Keracunan telur boleh menyebabkan pelbagai gejala, yang biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas pengambilan telur yang tercemar. Antara gejala yang sering dialami termasuk:
Mual dan Muntah
Rasa mual yang disertai dengan muntah adalah gejala yang paling biasa.
Cirit-birit
Najis cair dan kerap buang air besar.
Sakit Perut dan Kekejangan
Sakit perut yang mungkin disertai dengan kekejangan.
Demam
Suhu badan yang meningkat.
Kelesuan
Rasa letih dan tidak bermaya.
Sakit Kepala
Sakit kepala yang berterusan.
Punca Keracunan Telur:
Keracunan telur biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam telur mentah atau kurang masak. Bakteria yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan telur ialah Salmonella. Bakteria ini boleh mencemari telur melalui:
Kulit Telur yang Kotor
Kulit telur yang tercemar dengan kotoran atau najis ayam.
Pengendalian yang Tidak Bersih
Penyediaan makanan yang tidak mengamalkan kebersihan seperti tidak mencuci tangan atau peralatan memasak.
Penyimpanan yang Tidak Betul
Menyimpan telur pada suhu yang tidak sesuai atau terlalu lama.
Memasak yang Tidak Sempurna
Telur yang dimasak tidak mencapai suhu yang cukup untuk membunuh bakteria.
Cara Mengatasi dan Mencegah Keracunan Telur:
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mencegah keracunan telur:
Memastikan Kebersihan
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan telur.
Bersihkan semua peralatan memasak dan permukaan kerja dengan betul.
Memasak dengan Sempurna
Pastikan telur dimasak sehingga kuning dan putih telur keras sepenuhnya.
Penyimpanan yang Betul
Simpan telur di dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai.
Jangan menyimpan telur terlalu lama. Gunakan telur sebelum tarikh luput.
Elakkan Telur Mentah
Hindari makan atau minum makanan yang mengandungi telur mentah seperti mayonis buatan sendiri atau adunan kek mentah.
Pemantauan Gejala
Jika mengalami gejala keracunan makanan, segera dapatkan nasihat perubatan. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Keracunan telur adalah masalah yang boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul. Memahami gejala dan punca keracunan telur adalah penting untuk mengambil tindakan segera dan mencegah kes keracunan yang serius. Sentiasa pastikan telur yang dimakan bersih dan dimasak dengan sempurna untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Ada orang bila bercakap tentang berdiet terasa berat untuk laksanakannya. Dan menurut Coach Arif Shukri, ada sebab kenapa diet bagi sesetengahnya terasa sukar dilaksanakan.
Namun bila 18 punca ini bila dibuat ketika berdiet itu yang menyebabkan rasa susah. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
MENGAPA DIET JADI SUKAR?
1. Keluarkan wang terlalu banyak untuk mengejar makanan-makanan sihat yang berharga kayangan.
2. Terlalu stres dalam progres penurunan berat badan.
3. Letakkan sasaran terlalu tinggi. Nak hilang 5kg dalam seminggu.
4. Beli produk yang pelbagai tanpa memahami keperluan produk.
5. Selalu paksa diri cari makanan yang tidak kena selera dengan tekak.
6. Selalu ikut jadual diet orang lain, tapi diri sendiri tak selesa dengan jadual tersebut.
7. Tabiat untuk cuba diet dalam keadaan berlapar. Tapi tidak mampu.
8. Mula diet dengan haramkan segala makanan yang biasa dimakan. Nak diet ketat-ketat katanya.
9. Tak benarkan diri mencicip sedikit aiskrim, sebab risau boleh terus gemuk.
10. Fokus nak buat senaman yang tidak termampu dibuat. Sedangkan masih sakit-sakit belakang dan lutut.
11. Selalu pandang remeh pada senaman yang mudah-mudah. Contohnya mula dengan jalan kaki dulu.
12. Air kosong tidak pernah cukup.
13. Kurangnya rehat dan fokus untuk bersenam sahaja setiap hari.
14. Berpegang pada prinsip kurus itu mustahil
15. Malas nak study pasal kalori dan kerap memilih jalan singkat
untuk kurus.
16. Masih percaya sabun boleh kurus.
17. Kekal anggap yang ada gula-gula kunya je dah kurus.
18. Tidak menghargai progress yang kecil. Apatah lagi mensyukuri kejayaan kecil.
Kawan-kawan. Nak kurus, sihat dan fit itu bermula dengan mindset yang tidak membebankan badan. Jangan terlalu meletakkan tekanan sehingga diet jadi halangan terbesar kita.
Buat sikit-sikit tak apa. Progres kecil-kecil pun tak apa. Ingat. Kejayaan yang panjang, bermula dari langkah pertama kita. Biar pun kecil langkahnya.
Malam itu kali kedua kami terima ‘referral’ untuk pesakit yang disyaki dijangkiti kuman difteria. Simptomnya sama. Sakit tekak, demam, sukar menelan dan kedua-duanya tidak pernah diberikan suntikan imunisasi semenjak lahir.
Kes seperti ini bukannya mudah untuk ditangani. Khususnya untuk menjelaskan kepada orang terdekat tentang bahayanya penyakit ini.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan sakit tekak dan demam biasa, tetapi yang lebih membimbangkan boleh meragut nyawa akibat sekatan pada saluran pernafasan dan tularan toksin ke organ pesakit. Ini yang kami bimbangkan.
Ibu ini berkeras untuk tidak benarkan pesakit ini dimasukkan ke wad. Mahu diberi rawatan sebagai pesakit luar sahaja.
“Tak boleh puan, kes seperti ini perlu kami tahan di wad. Ubat antibiotik perlu diberi di dalam wad dan beberapa ujian darah dan sampel tekak perlu kami lakukan,” jelas saya cuba menjelaskan.
Setelah beberapa kali penerangan dan perbincangam baik dilakukan, beliau bersetuju. Anak ini dimasukkan ke wad akhirnya.
Alhamdulillah, selepas beberapa hari di wad, beliau kembali sihat. Ujian sampel juga mengesahkan bahawa ia bukan jangkitan difteria.
Sekiranya anak anda alami tanda-tanda ini,
1. Mengadu sakit tekak yang tidak berkurangan beberapa hari.
2. Disertai dengan demam panas.
3. Pesakit juga mengadu sukar dan sakit untuk menelan makanan serta minuman.
4. Untuk kes serius, boleh mengakibatkan kesukaran bernafas.
Maka, bawa segera ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...