Sesiapa Yang Pertama Kali Nak Beli Rumah, Wanita Ni Kongsikan Step By Step Untuk Lebih Faham!

Share

Perkara biasa bila kali pertama seseorang itu berurusan untuk membeli rumah, pasti akan terasa kesukarannya. Pelbagai dokumen diperlukan dan ianya mempunyai proses-proses tertentu yang harus dilakukan sebelum kunci rumah idaman boleh sampai ke tangan.

Lantas, memberi serba sedikit gambaran proses tersebut, saudari Nur Aliah yang masih muda ini berkongsi pengalamannya membeli rumah.

“Lia juga nak kongsikan step by step yang sangat details macam mana proses Lia beli rumah dari awal sampai la Lia dapat kunci rumah.”

Ini adalah thread. Cehwah! Terbawa mood twitter ke facebook pula. Hehe. Boleh scroll gambar-gambar di bawah ini untuk step by step beli rumah.

Semoga perkongsian Lia ini membantu kalian yang baru nak beli rumah, terutama sekali untuk anak anak muda di luar sana.

#Step1 Kenalpasti lokasi rumah yang kita nak beli

Sebelum nak beli, pastikan kita tanya dulu pendapat dari mentor hartanah atau rakan-rakan kita yang berpengalaman dan mereka sendiri memang ada banyak rumah.

Biasanya mereka ini akan nasihat pada kita, kawasan mana yang bagus, rumah jenis yang macam mana, dan harga untuk rumah itu.

Jadi korang kena banyak buat research. Antara tips, Lia akan cari 3 rumah yang lokasinya berhampiran, jenis dan harga rumah pon lebih kurang sama.

Lia rujuk balik apa yang Lia belajar di kelas Pejuang Hartanah. Lia buka 1 kertas namanya ‘Analisa Hartanah’.

Dekat kertas itu kita perlu isikan setiap jenis rumah apa nama hartanah, lokasi, saiz, ciri ciri, sumber (sub market), harga penuh, psf, deposit, rental per month, ROI dari segi rental yield, cashflow, apa yang good di sekeliling rumah itu dan apa yang bad di sekeliling rumah itu.

Kena rajin sikit buat kira-kira, untuk pastikan kita tak tersalah langkah masuk rumah. Selain dari kita buat comparison ‘apple to apple’ untuk pilih rumah yang terbaik

, dan tanya rakan-rakan hartanah kita, kita juga kena rajin cek website hartanah seperti :

– mudah.my
– iProperty
– Propertyguru
– Hartabumi
– Propwall

Dengan website ini ianya akan menjadi panduan untuk kita yang tengah cari rumah dan sedikit sebanyak boleh belajar ilmu hartanah.

#Step2 Tandatangan Letter Of Offer Purchase (LOP)

Lepas kita dah survey, dan dah confirm nak beli rumah, atau kita nak nego lagi minta harga rumah turun murah sikit, kita kena sign dulu LOP yang ejen hartanah sediakan.

Pastikan ejen hartanah itu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).

Contoh Lia, ambil ejen hartanah dari Realtors Haven Properties (RHP). Jadi selidik dulu siapa ejen yang handle rumah kita ini, ofis dia dekat mana, tengok aktiviti dia di wall facebook. Ini penting ya!

Sebab pernah terjadi pada rakan Lia sendiri dia lost RM300K dek kerana ejen hartanah itu tipu dia. Cadangan Lia cari ejen yang circle dia pon orang-orang hartanah juga.

Paling penting sebelum sign LOP, di ruangan kosong tulis “Subject to loan approval within 21 working days //”. Maksudnya tertakluk kepada kelulusan pembiayaan dalam masa 21 hari bekerja, dari tarikh tempahan unit.

#Step3 Bayar booking rumah 3%

Lepas kita dah sign LOP, next kita kena bayar 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking.

Contoh harga rumah RM200,000, kita bankin dekat company ejen hartanah itu 3% dari RM200,000, iaitu RM6,000.

Ingat ya, sebelum nak bankin itu double check kita bankin ke syarikat ejen hartanah tersebut. Bukan bankin ke akaun individu ejen atau owner rumah.

Lepas dah bankin, bagi slip payment dekat ejen hartanah. Nanti ejen akan bagi Official Receipt dari syarikat ejen hartanah tersebut.

#Step4 Dapatkan dokumen rumah dan pastikan tuan rumah dah sign LOP

Ejen hartanah akan bagi dokumen strata rumah untuk buktikan tuan rumah itu ialah pemilik rumah yang sahih. Jadi kita sebagai pembeli pastikan cek dokumen tersebut dan simpan dalam 1 folder.

Kemudian ejen akan bagi dokumen LOP yang menunjukkan tuan rumah dah sign juga LOP.

#Step5 Apply loan dalam masa 21 hari bekerja

Gunakan LOP tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk pembelian rumah. Kalau kita apply di bank yang kita belum pernah buka akaun, jadi kalau setuju nak ambil loan bank dengan bank tersebut, kita kena activate account tersebut.

#Step6 Sign letter offer dengan pihak bank

Once loan yang kita apply itu approved, kita perlu sign Letter Offer dengan pihak bank.

#Step7 Cari peguam hartanah

Pastikan kita cari peguam yang memang bahagian dalam bidang pengurusan hartanah. Mereka akan urus dan siapkan Sell & Purchase Agreement (SNP) untuk kita sign nanti.

#Step8 Bayar balance deposit 7%

Di awal step tadi kita dah bayar 3% (RM6,000), now kita kena bayar lagi 7% deposit rumah untuk cukupkan 10%.

Contoh rumah harga RM200,000 x 7% = RM14,000. Jumlah ini kita perlu bankin kepada lawyer.

#Step9 Tandatangan SNP

Dekat sini paling penting! Sebelum kita nak sign SNP, pastikan loan bank kita sudah di approve, once approve barulah sign SNP.

Dan apabila kita cukup 10% bayar deposit rumah, kemudian barulah kita tandatangan SNP dengan lawyer.

#Step10 Peguam akan uruskan semuanya

Biasa di bahagian ini akan berlaku First Disbursement, iaitu bank purchaser akan bayar hutang bank owner. Dan akan berlaku juga Second Disbursement iaitu laywer akan release profit kepada pihak bank.

Sejujurnya, part ini Lia tak la expert. Memang Lia serahkan 100% kepada lawyer Lia. 1 lagi sebab Lia memang percaya pada lawyer Lia, mereka ini antara kenalan Lia dalam program Ikon Hartanah.

Dan Alhamdulillah Lia boleh katakan, mereka menjalankan kerja sangat efficient, friendly, responsive (bila kita tanya mereka balas dengan laju) dan pastinya quality legal services mereka memang tiptop!

#Step11 Akhirnya waktu yang di tunggu iaitu dapat kunci rumah!
Alhamdulillah minggu lepas Lia dapat 1 mesej ini dari peguam,“Salam cik aliah. Kami dah ada kunci rumah. Boleh kita set appointment untuk serah kunci?”

Allahuakbar perasaan itu bahagia tak terkata! Harap sangat perasaan ini datang setiap tahun. Ehh! Hehe

Untuk proses yang terakhir ini, mereka akan serahkan kunci rumah kepada kita dan rumah itu 100% sudah jadi hak milik kita!

Kos apa yang terlibat sepanjang Lia beli rumah ini?

Untuk rumah yang nilainya RM200,000 macam ini, korang kena standby duit cash lebih kurang +/-RM30,000.

Dalam +/- RM30,000 itu ada :

Deposit rumah 10% (3% + 7%) = RM20,000
Valuation fee = RM800++
Lawyer fee S&P= RM3,000-RM3,500++
Lawyer fee Loan = RM4,000++
Stamp duty = RM3,000

Untuk rumah pertama, layak mohon pengecualian duti setem atas pindahmilik (stamp duty), seperti Lia sendiri dapat pengecualian.

Untuk kos-kos yang lebih tepat, ada baiknya untuk dapatkan sebutharga/quotation dari peguam supaya dapat buat bajet yang lebih tepat kerana ia juga bergantung kepada jenis hartanah.